Selepas
80 jam lesap di udara, Malaysia Airlines berkata penerbangan MH370
menggunakan pesawat B777-200ER baru selesai menjalani pemeriksaan 10
hari lalu, ia menambah lagi misteri kehilangannya.
MAS sebelum ini juga berkata kedua-dua juruterbang pesawat memiliki
pengalaman luas dalam menerbangkan pesawat Boeing yang dikatakan paling
selamat di dunia masih belum ditemui.
Misi mencari pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut diluaskan ke
Sumatera, sebelah pantai barat semenanjung Malaysia dan Hong Kong, serta
seluas Laut Cina Selatan dengan lebih 40 kapal dan pesawat mencari
tetapi tiada sebarang petunjuk ditemui.
Dalam laporan khas oleh Christian Science Monitor, mereka membuat
perbandingan misi pencarian MH370 dengan penerbangan 447 Air France.
Kedua-dua kes, tiada sebarang panggilan "kecemasan" atau tekanan
daripada juruterbang. Pesawat itu tiba-tiba hilang di udara, menurut
laporan tersebut.
Dalam kes AF447, faktor cuaca buruk dikenalpasti punca terhempas.
Juruterbang tidak menghubungi bantuan kerana tidak sedar, sehingga ia
sudah terlambat kerana tahap keseriusan kerosakan. Seperti diperkatakan
oleh beberapa juruterbang sebelum ini, mereka tidak mendapati kurang
perhubungan tidak bermakna ia isyarat wujud serangan bom dpengganas
ataupun kegagalan dasyat pesawat tersebut.
"Seperti diperkatakan, keutamaan adalah 'terbangkan, kemudi dan komunikasi'," tulis laporan itu.
Tapi setakat ini, laporan mendedahkan MH370 tidak berdepan sebarang cuaca buruk.
Juga seperti dialami AF447, petunjuk baik timbul dengan cepat,
kemungkinan lokasi terakhir pesawat dan keberangkalian suatu yang buruk
berlaku.
"Menara kawalan trafik udara Brazil baru sahaja berhubung pesawat Air
France jet dan pesawat itu menghantar satu siri mesej elektronik dalam
tempoh tiga minit daripada sistem pemantauan atas kapal melalui Sistem
Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS).
"Empat hari selepas kemalangan AF447, syarikat penerbangan itu
mengeluarkan transkrip data ACARS, menunjukkan dalam tempoh empat minit
terdapat enam laporan kegagalan dan 19 amaran melibatkan pengendalian,
auto-penerbangan, kawalan penerbangan, dan penghawa dingin kabin dalam
penerbangan tersebut.
"Data ACARS memberi petunjuk awal kesilapan yang berlaku. Akhirnya,
punca-punca kemalangan dikenalpasti juruterbang gagal mengambil tindakan
tersalah bacaan daripada sensor kelajuan udara," kata Christian Science
Monitor dalam laporan hari ini.
Tapi tidak dijelaskan sama ada pesawat Malaysia Airlines, Boeing 777 dilengkapi ACARS atau tidak.
Flightglobal melaporkan bertanya kepada Malaysia Airlines mengenai
isyarat daripada ACARS B777, tetapi syarikat penerbangan tersebut enggan
memberi komen, memberi alasan "siasatan masih berjalan" daripada
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia.
Bagaimanapun, CEO Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya semalam memberitahu wartawan pesawat tersebut dilengkapi ACARS.
Jika pihak berkuasa memiliki ACARS yang boleh mengenalpasti situasi
sebenar yang berlaku dengan pesawat Malaysia Airlines, ia mungkin boleh
memberi gambaran jelas, kata laporan itu.
Laporan kedudukan terakhir MH370 dan perhubungan radar terakhir adalah
antara perairan Malaysia dan Vietnam. Pesawat tersebut hilang selepas
dua jam berlepas daripada Kuala Lumpur menghala ke Beijing.
Sehingga hari ini, tiada sebarang cerbisan ditemui dan pihak berkuasa berkata mereka sedang meluaskan kawasan pencarian.
"Tapi peta kawasan pencarian menimbulkan persoalan sejauh mana pihak
berkuasa Malaysia mengetahui mengenai kedudukan terakhir pesawat
tersebut.
"Peta kawasan carian sekarang bukan sahaja di sekitar kawasan kali
terakhir ia dilaporkan berada tetapi tetapi juga meliputi kawasan baru
di Selat Melaka, di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.
"Ia menimbulkan persoalan sejauh mana maklumat yang dimiliki pihak
berkuasa tetapi tidak diberitahu kepada umum," kata Christian Science
Monitor dalam laporannya, mengambilkira pendedahan oleh pihak berkuasa
mengenai kemungkinan pesawat berpatah balik daripada jadual asalnya.
Tapi Ahmad Jauhari menjelaskan mustahil berlaku kerana jika ia berlaku,
juruterbang pasti sudah menghubungi menara kawalan trafik udara di
Malaysia bagi memberitahu perubahan tersebut.
"Jika pesawat itu berpatah balik ke arah Malaysia dan terbang
melepasinya, ia mungkin penjelasan mengapa kawasan carian diperluaskan
hingga ke perairan Thailand dan Selat Melaka. Tapi ia tidak menjelaskan
sama ada pesawat mendarat di tanah, kemungkinan di lapanga terbang,
tanpa mendarat atau memberikan isyarat kedudukan atau transponder
memberikan lokasinya.
"Kebiasaannya, transponder pesawat akan membantu menara kawalan trafik
udara mengenalpasti kedudukannya. Dengan andaian, sudah tentu,
transponder masih berfungsi dan belum dimatikan," kata laporan Christian
Science Monitor.
Bagaimanapun, kekurangan bukti serpihan ditemui kawasan pencarian
menyebabkan pakar penerbangan antarabangsa membuat spekulasi MH370
mungkin dirampas atau salah seorang juruterbang membunuh diri.
"Mencari dikawasan lain Semenanjung adalah pelik, ia bermakna mereka
(pihak berkuasa Malaysia) melihat pesawat terbang melepas Semenanjung
dalam radar, atau kemungkinan bahagian di Semenanjung yang kurang
liputan radar," tulis Web500sjc yang menyenaraikan Airliners.net sebagai
pengajar penerbangan komersial di Amerika Syarikat.
Seorang lagi pakar berkata, jika enjin Boeing 777 berhenti pada 35,000
kaki, cerun peluncuran pesawat akan menunjukkan ia berada kira 100 batu
daripada lokasi terakhir. Jarak Selat Melaka adalah lebih 250 batu
jauhnya.
Sudah tentu, pihak berkuasa Malaysia kebingungan seperti yang dihadapi oleh orang lain.
Pakar berkata bangkai pesawat mungkin berada dalam lautan sedalam 300
kaki atau 3,000 kaki atau lebih lagi, dimana lautan hitam kelam dan suhu
serendah 40 darjah, lapor LA Times hari ini.
Isyarat GPS tidak berkesan dalam lautan air masin dan isyarat akustik
yang dihantar dari lampu kecemasan pesawat boleh jadi kabur, kata pakar
dalam akhbar tersebut.
"Cetek tidak bermakna mudah," kata David Gallo, yang mengendalikan
ekspedisi mencari Penerbangan 447 Air France terhempas di Lautan
Atlantik pada tahun 2009.
"Saya boleh memberitahu anda, semasa seorang yang pernah berada
disana... dalam keadaan tertentu, laut menjadi tempat yang luas semasa
mencari sesebuah pesawat," kata beliau yang dipetik dalam LA Times.
Kedudukan terakhir perhubungan MH370 adalah antara perairan Malaysia dan hujung selatan Vietnam.
Pasukan mencari dan menyelamat melibatkan 10 negara ketika ini
melangkaui 10,500 batu nautika, termasuk perairan Thailand dan sedia
ada.
Langkah pertama melibatkan penghantaran krew ke lokasi pesawat
terhempas, dimana mereka menurunkan peralatan pendengaran ke dalam laut
dan cuba mengambil isyarat daripada peranti yang dikenali sebagai
"Pinger" yang berada dalam pesawat bersama dengan kotak hitam, hayat
bateri peranti tersebut adalah 30 hari, lapor akhbar tersebut.
Gallo, pengarah operasi Khas di Woods Hole Oceanographic Institution,
Massachusetts berkata peranti tersebut kemungkinan tidak berfungsi
dengan baik dalam air cetek akibat terhakis daripada bunyi bising kapal.
Krew pencarian mungkin "membajak" dasar laut dengan sonar, kata beliau,
tetapi sekiranya terlalu banyak pihak yang terlibat dalam pencarian ia
akan menyebabkan kekeliruan.
"Pencarian seperti simfoni," katanya. "Anda perlukan semua ahli dalam
kumpulan memainkan nota yang betul pada masa sama," kata beliau. - 11
Mac, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment