19 Apr 2014
Oleh Nur Saliawati Salberi
Klang: Bilik disiplin sebuah sekolah menengah di Kapar di sini,
hampir musnah dalam kebakaran sejurus individu tidak dikenali
melontarkan satu objek ke arah premis berkenaan dipercayai bermotifkan
khianat, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, bilik guru disiplin yang
terletak di tingkat bawah dikatakan tiba-tiba terbakar sebelum disedari
pengawal keselamatan bertugas pada malam kejadian.
Difahamkan, sebaik menyedari kehadiran api di bilik berkenaan,
pengawal keselamatan bergegas masuk dan memadam api bagi mengelak
merebak dan memusnahkan kawasan berhampiran.
Menurut sumber, ketika kejadian pengawal keselamatan berkenaan melihat tiga motosikal dinaiki enam individu menghampiri sekolah berkenaan sebelum terdengar bunyi sesuatu.
Menurut sumber, ketika kejadian pengawal keselamatan berkenaan melihat tiga motosikal dinaiki enam individu menghampiri sekolah berkenaan sebelum terdengar bunyi sesuatu.
DUA pelajar melintasi bilik disiplin yang menjadi sasaran kumpulan bermotosikal, semalam.
“Sebaik melihat motosikal dinaiki kumpulan itu menghampiri pagar sekolah, dia (pengawal keselamatan) ternampak ada antara pemboncengnya membaling objek ke arah bilik disiplin yang terletak tidak jauh dari pagar berkenaan.
“Lontaran objek itu menyebabkan tingkap bilik disiplin itu yang pecah sebelum berlaku kebakaran kecil membabitkan buku dan meja di bilik itu. Pengawal berkenaan sudah membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
myMetro
No comments:
Post a Comment