MCA
mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin
sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas
kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini.
Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat
seolah-olah “lega” dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu
kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan
Karpal.
"Nampaknya Zulkifli Noordin sudah hilang rasional dengan cuba
mendapatkan perhatian politik apabila mengeluarkan kenyataan tidak
berperikemanusiaan," kata Ketua Biro Publisiti, Datuk Chai Kim Sen dalam
satu kenyataan hari ini.
Chai menyifatkan bekas naib presiden Perkasa itu sebagai terlupa sifat asas setiap manusia.
"Zulkifli kelihatan terlupa dengan sifat asas yang diperlukan oleh setiap manusia," katanya.
Zulkifli berkata kematian Karpal akan memudahkan lagi kerajaan Kelantan
dalam melaksanakan Hukum Hudud yang selama ini ditentang hebat oleh
DAP.
“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.
"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!” kata Zulkifli.
Chai menegaskan isu politik tidak boleh dijadikan alasan untuk
menyakiti orang lain, mendesak Zulkifli yang merupakan calon Barisan
Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum
ke-13 lalu supaya bersara daripada politik.
"Amalan dalam politik tidak sepatutnya disalahguna dan menyinggung
perasaan orang lain, tambah-tambah jika ia melibatkan kebajikan orang
ramai.
"Jika Zulkifli tidak memahami kebenaran ini, atau tidak tahu tentang
konsep hormat, beliau boleh bersara daripada politik," kata Chai lagi.
Karpal maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya
Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada
kira-kira jam 1.30 pagi ini.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya,
Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.
Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, meninggal dunia di
tempat kejadian akibat kecederaan parah. – 17 April, 2014. TMI
bukan sampah tetapi tahi (shit) .... dengan itu dia dan macai-macai umno fikir yang dia orang tidak akan mati .... !!!!!!!
ReplyDelete