Mahkamah tentera menerima bantahan awal Mejar Zaidi Ahmad terhadap lima
pertuduhan berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai
isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.
Lima bantahan yang diterima mengenai kesalahan itu adalah tuduhan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Dua lagi ditolak adalah bantahan ke atas pertuduhan mengikut Seksyen 51
akta sama, berhubung kesalahan menghantar pesanan SMS berbaur politik
dan hasutan.
Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan memutuskan lima pertuduhan
yang dibantah itu akan dirujuk kepada "pihak berkuasa sidang" untuk
tindakan lanjut.
"Pihak berkuasa sidang" merujuk kepada Panglima No 1 Divisyen Udara, Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif bin Abdul Ghani.
Ahmad Zaidi, seorang pegawai dari Pengkalan Udara Butterworth mengemukakan bantahan tersebut melalui peguamnya Hanipa Maidin.
Pertuduhan berkenaan dijalankan ke atas Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia itu pada 7 Februari lalu.
No comments:
Post a Comment