Bekas
Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata bukan
menjadi satu kesalahan jika kerajaan PAS Kelantan ingin membawa usul
rang undang-undang mengenai Hukum Hudud ke Dewan Rakyat.
"Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa
salahnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang
2014 Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri
isterinya, Tun Jeanne Abdullah.
Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada
peringkat persekutuan, Abdullah berkata: "Biarlah satu demi satu
pelaksanaannya".
Di majlis itu, 300 pelajar menerima anugerah dengan anugerah pelajar
terbaik keseluruhan disandang Iqbal Danial Sa'id yang mendapat semua A
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas. – Bernama,
19 April, 2014./TMI
No comments:
Post a Comment