Selasa, 15 April 2014
Mohammad Arif (kanan) salah seorang suspek pelaku kanibalisme di Pakistan.
ISLAMABAD, KOMPAS.com — Polis Pakistan menahan
seorang lelaki yang dipercayai sebagai kanibal setelah kepala seorang bayi
ditemui di kediamannya di kota Darya Khan, Punjab, sekitar
300 kilometer dari ibu kota Islamabad.
Farman Ali (30) ditahan sehari setelah polis menahan abangnya Mohammad Arif (35). Polis mendapati penemuan mengerikan di kediaman kedua lelaki itu.
Polis mengatakan, dalam pemeriksaan, kedua adik beradik itu mengaku memasak dan memakan daging manusia setelah mencuri mayat dari sebuah perkuburan.
Kedua lelaki ini sebelumnya pernah menghabiskan waktu selama dua tahun di penjara akibat melakukan kanibalisme. Keduanya baru dibebaskan tahun lalu.
Pada 2011, keduanya ditahan setelah terbukti menggali 100 mayat dari kuburan setempat dan memakan mayat-mayat itu.
Ketua Polis setempat, Ameer Abdullah, mengatakan, polis menangkap keduanya setelah menerima laporan warga mencium bau tak sedap dari kediaman kedua orang itu.
"Kami menggeledah kediaman mereka pada Isnin 14/4 dan menemui kepala seorang kanak-kanak lelaki," kata Abdullah.
Abdullah menambahkan, isteri dan keluarga kedua lelaki ini sudah meninggalkan mereka bertahun-tahun lalu. Setelahnya, mereka tinggal rumah itu dalam isolasi. "Kedua orang ini akan menjalani ujian kejiwaan," ujar Abdullah.
Di Pakistan, tidak ada undang-undang khusus yang boleh menjerat para pelaku kanibalisme. Pada 2011, kedua lelaki ini ditahan kerana merosak mayat dan mengganggu tatanan kemasyarakatan.
Dalam kes tahun 2011 itu, polis menemukan mayat seorang perempuan yang baru meninggal dunia kerana penyakit kanser di kediaman kedua lelaki itu. Saat ditemukan, jasad perempuan itu sudah tidak memiliki sebelah kakinya kerana dimakan kedua lelakitersebut.

Editor | : Ervan Hardoko |
Sumber | : Sky News |
No comments:
Post a Comment