Yang
Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) hari ini
menggunakan kuasanya menarik semula arahan keluar dewan kepada Ahli
Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Sepang Mohamed
Hanipa Maidin.
"Saya boleh menggunakan kuasa Peraturan Mesyuarat 90 menggunakan budi
bicara. Walaupun tadi saya kata Gombak keluar, Sepang keluar. Sekarang
ini saya boleh panggil mereka balik kerana itu budi bicara saya.
"Kalau Gombak dan Sepang masuk pun saya izinkan.Kalau saya tak izinkan,
persidangan akan datang bermakna ada tiga hari mereka tidak dapat
masuk," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Azmin diminta meninggalkan dewan setelah mahu menegakkan hujahnya agar dewan menerima usul untuk membicarakan tingkah laku hakim. Hanipa pula diminta meninggalkan dewan setelah cuba membangkitkan usul tergempar mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). – 10 April, 2014.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment