Friday, April 25, 2014

Waris penumpang MH370 tuntut data untuk penganalisis bebas, lapor CNN

April 24, 2014
Ahli keluarga warga China meragui ketelusan pihak berkuasa yang mengendalikan operasi mencari pesawat MH370. - Gambar Reuters, 24 April, 2014. 
Ahli keluarga warga China meragui ketelusan pihak berkuasa yang mengendalikan operasi mencari pesawat MH370. - Gambar Reuters, 24 April, 2014.Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 marah terhadap laporan penemuan serpihan yang dijumpai di Lautan Hindi bukan daripada pesawat yang hilang mendesak agar pihak berkuasa melepaskan data bagi membolehkan pakar luar menganalisisnya, kata CNN.

Ibu Steve Wang, seorang penumpang dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Beliau dan ahli keluarga lain berkata, mereka menolak pengumuman pihak berkuasa Malaysia bahawa pesawat terhempas di selatan Lautan Hindi.

 Wang memberitahu CNN, semua ahli keluarga ragu bahawa “mereka sedang mencari di tempat yang betul”.
Mereka ingin pakar bebas menganalisis data yang ada.
Satu jawatankuasa yang mewakili beberapa keluarga di China menyiarkan 26 soalan di laman media sosial China, Weibo.

Antara permintaan mereka adalah akses kepada buku log penerbangan dan rakaman kawalan trafik udara pada malam pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang.
"Ia mengejutkan saya apabila mereka tidak bersedia untuk melepaskan data itu," kata Sarah Bajc, teman wanita seorang penumpang Amerika, Philip Wood. Beliau muncul di CNN pada hari Selasa.
Pihak berkuasa Malaysia berkongsi transkrip penuh komunikasi antara pesawat dan kawalan trafik udara denganahli keluarga sebelum melepaskannya kepada orang awam.

Di Weibo, keluarga juga menuntut informasi penting dan sensitif seperti penyelenggaraan dan suara rekod penerbangan itu.
"Apa yang begitu sulit mengenai data tersebut sehingga sekumpulan pihak ketiga tidak dapat menyertai dan membuat beberapa pengiraan baru pada mereka?" Bajc bertanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pada 15 Mac, "Kami memahami keperluan terdesak untuk maklumat bagi pihak keluarga dan mereka yang menonton di seluruh dunia. Tetapi kita mempunyai tanggungjawab terhadap tugas penyiasatan dan keluarga agar hanya melepaskan maklumat yang benar-benar sahih."

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak berkuasa tidak akan memberikan maklumat melainkan jika ia "disah dan disokong" oleh penyiasat.
"Seperti yang saya katakan sejak awal, kami tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan," katanya.
Dalam senarai yang dipos di dalam Weibo, ahli keluarga meminta nombor peribadi mereka yang terlibat dalam pencarian.

John Goglia, seorang bekas anggota Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara  Amerika Syarikat memberitahu CNN, log biasanya berada di atas pesawat. Namun jika tidak, penyiasat mungkin tidak akan mendedahkan sebarang maklumat spesifik daripadanya.
Permintaan keluarga bagi nombor telefon mungkin akan dinafikan juga, kata Goglia.

Wang dan Bajc berkata, beberapa ahli keluarga merasakan pihak berkuasa Malaysia tidak melayan mereka dengan penuh prihatin.
Lebih dua pertiga daripada penumpang MH370 adalah warga China, dan kebanyakan ahli keluarga tidak percaya dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa  “pesawat terhempas di selatan Lautan Hindi”.

"Kami hanya mahu memberitahu mereka, hentikan berbohong!” Wang dilaporkan berkata.
"Mereka memberitahu seluruh dunia bahawa mereka mempunyai komunikasi yang baik dengan ahli keluarga," katanya, menjelaskan persoalan daripada ahli keluarga dinafikan para pegawai.
" ... Mereka hanya berkata, 'Oh, berhenti bertanya semua soalan dan terima segala fakta," katanya lagi. "Fakta apa yang dimaksudkan? Apakah jenis fakta yang mereka ingin kami terima? Adakah mereka mempunyai fakta? Jadi mereka berbohong kepada seluruh dunia sekali lagi."

Dalam tempoh 24 jam lalu, Bajc menulis: "good morning baby. its been a while since i posted to you publicly despite the many message i send to you daily. it takes energy to make my thoughts fit for others to see. i hope you can feel that piece of OUR world that is waiting and wanting right where you left it too long ago. i miss you so much. SJ."

Wang dan Bajc berkata, mereka tidak berminat untuk memfailkan tindakan undang-undang bagi memperoleh wang. Tetapi jika tuntutan mahkamah mampu memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk melepaskan maklumat yand minta, mereka bersedia melakukannya.
"Saya tidak pasti sama ada tuntutan mahkamah," Wang berkata, "boleh memberi kami kebenaran."
Sementara itu, pihak berkuasa penyelaras pencarian Australia bagi Boeing 777-200ER (9M- MRO) di Lautan Hindi berkata, sehingga kini sebanyak  11 pesawat tentera dan 11 buah kapal akan mengambil bahagian dalam pencarian hari ini.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim  Australia merancang satu kawasan carian visual seluas kira-kira 49.567 km persegi.

Pusat kawasan carian terletak kira-kira 1,500 km dari Perth.
Namun, keadaan cuaca mungkin menjadi penghalang pencarian hari ini dengan ramalan hujan lebat dan mendung.

Pusat Agensi Penyelarasan Bersama (JACC)juga berkata, Bluefin - 21 AUV sudah menyempurnakan misi ke-12 di kawasan pencarian dalam air.
Ia kini berjaya melengkapkan lebih 90% daripada kawasan carian dalam air yang diberi tumpuan tetapi masih belum menemui apa-apa informasi berkaitan, kata JACC . – 24 April, 2014. The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment