16 May 2014
Di balik insiden dan ketegangan sempena pemilihan timbalan
presidennya, PKR hari ini cuba menonjolkan perpaduan antara tiga tokoh
yang berentap merebut kerusi itu.
Dalam sidang media parti itu hari ini, ketiga-tiga calon jawatan nombor dua itu tampil menyatakan sikap masing-masing.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan utama bersama-sama mengutuk kekecohan yang menyebabkan penggantungan pemilihan di beberapa cabang PKR di Selangor minggu lalu.
“Ini pertandingan adik beradik, kita bulan melawan Umno di sini. Kita masih bersama-sama,” kata Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Katanya, kepimpinan parti, termasuk tiga calon itu bersetuju bahawa individu yang melanggar peraturan pemilihan parti patut dipecat.MK

No comments:
Post a Comment