16/5/14
Oleh Aziman Rosdi
Kuala Lumpur: Bayangkan jika pengalaman kejurulatihan di pentas
antarabangsa dimiliki Datuk Ong Kim Swee digabungkan dengan kejayaan
jurulatih tempatan Dollah Salleh untuk membimbing skuad Harimau Malaya.
Kombinasi dua bekas pemain kebangsaan itu tampak mustahil, namun ia
mungkin satu pendekatan baru yang boleh diambil kira Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) dalam mencari jurulatih baru skuad kebangsaan yang
sehingga kini masih belum diisi sebaik kontrak Datuk K Rajagobal tidak
disambung pada 31 Disember lalu.
Jika melihat kepada apa yang pernah dilakukan Sweden sebelum ini,
idea menggunakan dua jurulatih bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan
kerana mereka pernah melantik Tommy Soderberg dan Lars Lagerback ketika
menjadi jurulatih bersama untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2002
dan Euro 2004.
Kim Swee, 43, yang kini menjadi pengendali Harimau Malaya serta jurulatih Harimau Muda A masih berada dalam senarai calon tempatan untuk memikul tugas ketua jurulatih kebangsaan bersama jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dollah, 50, meskipun FAM lebih berminat jurulatih asing.
KEPAKARAN Kim Swee (dua dari kiri)
dan Dollah (kanan) diperlukan skuad negara.Tiga calon jurulatih asing berada dalam senarai akhir FAM adalah bekas jurulatih kebangsaan Mozambique Gert Engels, bekas jurulatih remaja Sepanyol Luis Milla Aspas dan bekas jurulatih Iraq Wolfgang Sidka namun tidak dipastikan sama ada calon itu memenuhi kriteria dikehendaki.
myMetro
No comments:
Post a Comment