Friday, May 30, 2014

Lelaki bunuh isteri pertama kerana mahu kahwin lagi

Protes tindakan rajam yang dialami Farzana Iqbal (Foto: Reuters)  
Protes tindakan rejam yang dialami Farzana Iqbal (Foto: Reuters) 
ISLAMABAD 
Farzana Iqbal direjam oleh keluarganya sendiri kerana menolak dijodohkan dengan lelaki pilihan ayahnya. Wanita  berusia 25 tahun itu   menikah dengan Mohammad Iqbal, yang turut melihat Farzana direjam dalam keadaan hamil.

Lelaki berusia 45 tahun itu mengakui perbuatannya. Dia mengaku mencekik leher isteri pertamanya, agar dia boleh menikah lagi.

"Saya jatuh cinta dengan Farzana dan membunuh isteri pertama saya kerana perasaan cinta ini," ujar Mohammad Iqbal, seperti dikutip AFP, Jumaat (30/5/2014).

"Kerana anak, saya  dibebaskan dari hukuman penjara. Anak saya memaafkan perbuatan pembunuhan itu dengan menerima wang darah," lanjutnya.

Sebelumnya Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif menuntut penjelasan polis  mengenai kes rejam yang dialami oleh Farzana Iqbal. Menurut pihak  polis Pakistan, Farzana direjam pada Selasa 27 Mei 2014, kerana dia menikah dengan lelaki  yang dicintainya. Keluarganya merasakan kehormatan mereka tercabar

Pembunuhan yang dilakukan oleh pihak keluarga perempuan berusia 25 tahun tersebut, terkait dengan pembunuhan demi menjaga kehormatan. Praktik seperti ini biasa terjadi di Pakistan.

PM Sharif pun menanggapi serius insiden yang terjadi. Dia menyebut peristiwa itu sebagai pembunuhan brutal di tengah kehadiran polis . Menurutnya tindakan ini jelas tidak boleh diterima. Kejahatan patut  dihadapkan pada undang-undang

Mohammad Iqbal mengatakan, polis  tidak melakukan apapun ketika kekerasan terjadi selama 15 minit. Namun pihak  polis  mengaku  tidak ada satu pun anggotanya yang berada di lokasi kejadian. Mereka baru tiba di tempat, ketika Farzana sudah meninggal. 30/5/14

No comments:

Post a Comment