8/6/14
Tak sempat tarik kereta
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Cubaan seorang penarik kereta mengambil sebuah kereta
Proton Persona selepas mendapat arahan mahkamah kerana bayaran
tertunggak tiga bulan mengundang padah apabila diserang dan ditetak
seorang lelaki, dipercayai kenalan pemilik kereta terbabit.
Mangsa dikenali sebagai Wong, 37, cedera di kepala, dada dan tangan
selepas diserang suspek yang mengamuk sebelum berjaya diselamatkan
polis.
Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, mangsa membawa lori tunda
untuk menarik kereta terbabit di kawasan flat Jalan San Peng, di sini.
Menurutnya, selepas membawa kereta itu sehingga ke kawasan Kenanga Wholesale City (KWC), di sini, tiba-tiba tiga lelaki menaiki motosikal menahan dan menyuruhnya berhenti.
Menurutnya, selepas membawa kereta itu sehingga ke kawasan Kenanga Wholesale City (KWC), di sini, tiba-tiba tiga lelaki menaiki motosikal menahan dan menyuruhnya berhenti.
“Seorang daripada mereka kemudian terus mengambil kunci lori saya dan merampas telefon bimbit myMetro
No comments:
Post a Comment