Tuesday, July 22, 2014

GAZA TERKINI .Seluruh Beit Honoun telah hancur binasa. Namun Al-Qassam mencipta sejarah hitam bagi Israel, 90 tentera Yahudi dapat dibunuh

1.Kini Seluruh Beit Honoun telah hancur binasa, tidak ada sesuatu melainkan jasad-jasad para syuhada’ yang di tutupi dengan kain yang berlumuran darah. semua penduduknya telah keluar meninggalkan kampung halaman mereka.

2.Objektif serangan Rejim Israel ini ialah untuk menghancurkan gerakan Hamas,memusnahkan lubang-lubang terowong Hamas dan menyerahkan kuasa pemerintahan Gaza ke tangan Mahmoud Abbas.

3.Maka Al Qassam mempertahankan Gaza daripada serangan ini lalu membunuh tentera Yahudi,menghantar peluru J80 ke kem kem tentera Israel dan menculik tentera mereka.

4.Netayahu dan rakan rakan sekutunya daripada pemimpin negara arab(saya rahsiakan dulu maklumat ini) membuat keputusan baru iaitu serangan tentera Rejim dihalakan kepada rumah-rumah penduduk dan orang awam kerana gagal di dalam operasi memusnahkan Al Qassam.

5.Maka terkini jadilah Gaza padang jarak padang terkukur. 3000 rumah hancur sempurna manakala 7000 rumah lagi hancur sebahagian.
6.Jumlah syuhada' Gaza kini 595 orang manakala jumlah yang cedera 3400 orang.Semuanya terdiri daripada kanak-kanak,orang-orang tua dan perempuan.

7.Walaubagaimanapun, perang ini sejarah hitam bagi Rejim Israel apabila Al Qassam berjaya membunuh 15 tentera Yahudi setiap hari sementera pihak Israel cuba menutup pintu dan ruang maklumat agar tidak diketahui dunia jumlah kematian dan kecederaan mereka.

8.Setakat ini Al Qassam dapat mendedahkan seramai 90 telah terbunuh dan 350 yang cedera daripada tentera-tentera Yahudi pengganas perompak 'Laknatullah'.
9.Kini, Rejim Israel cuma menggunakan proksi-proksinya agar memujuk Hamas supaya menerima tawaran genjatan senjata sebagaimana saya laporkan kelmarin bahawa Khalid Mashal menolak pelawaan AsSisi ke Mesir bagi membincang pelan damai ini.

10.Setakat ini Hamas tidak akan tunduk kepada tekanan Zionis dan kuncu-kuncunya melainkan dengan beberapa syarat iaitu ;- menghentikan kepongan ke atas Gaza,menghentikan pencerobohan ke atas Masjidil Aqsa dan penindasan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan membuka pintu Rafah tanpa sekatan.

Akhukum
W Mohd Sharafi
Presiden Cakna Palestin
24 Ramadhan 1435 H / 22 Julai 2014 jam 4.45 petang

No comments:

Post a Comment