Thursday, July 10, 2014

Kenyataan 'Hitler' Bung salah, kata Najib

10 Jul 2014

Perdana menteri hari ini mengkritik Bung Moktar Radin ekoran pujiannya terhadap Adolf Hitler selepas kejayaan bergaya Jerman menumpaskan Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.

“Komen-komen yang dibuat oleh Bung tidak boleh diterima dan salah, dan beliau akan menarik balik (kenyataan itu),” kata Datuk Seri Najib Razak.

Najib juga berkata, anggota parlimen Kinabatangan itu bukan bercakap mewakili Malaysia yang “memahami sejarah tragik Eropah dan menghormati perpaduan modennya”.

“Masa ini sepatunya dirayakan oleh Jerman, dan kami harap yang terbaik untuk mereka dalam perlawanan akhir,” tambahnya dalam kenyataan ringkas.

Bung dalam Twitter beliau hari ini meminta maaf, tetapi seperti biasa, terus dengan gaya sarkastiknya yang tersendiri.

“Apabila Jerman belasan Brazil, saya secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan rakyat Jerman.

“Saya mohon maaf dengan seikhlasnya. Long live Bung (panjang umur Bung),” tulisnya. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment