Oleh Ibrahim Isa
Muar: Seorang penjenayah mengalami nasib malang kerana bukan saja
dibelasah, termasuk dengan kerusi, malah cedera parah ditetak mangsanya
dengan parangnya sendiri ketika cuba menyamun sebuah rumah di Tanjung
Selabu, Sungai Raya, Bukit Pasir di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Lau Teng Siew, 43, sendirian
dalam rumah apabila mendengar pintu depan diketuk dan menyangka rakannya
datang untuk membetulkan paip bocor menyebabkan dia membukanya.
“Secara kebetulan saya tidak mengunci jeriji besi sebaliknya hanya
mengunci pintu kayu dan sebaik membuka pintu, tiba-tiba kepala ditetak
menyebabkan darah mengalir di dahi hingga menutup penglihatan saya.
“Saya mencapai kerusi kayu dan memukul lelaki di depan saya beberapa kali hingga kerusi itu patah sebelum mencapai parang dipegangnya dan menetak lelaki itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.

SUSPEK dibawa keluar dari wad kecemasan selepas diberikan rawatan.
Menurutnya, dia tidak nampak dengan jelas kerana penglihatannya terganggu dengan darah namun terus memukul penyerangnya bertalu-talu sehingga semua tiga kerusi digunakan patah. myMetro 10/7/14
No comments:
Post a Comment