10 Jul 2014
Selepas menerajui jawatankuasa BERSIH 2
untuk memperjuangkan keadilan pilihan raya, Datuk A Samad Said dan Datuk
Ambiga Sreenevasan kembali ke arena NGO baru.
Kedua-dua sasterawan negara dan bekas presiden Majlis Peguam itu kini menjadi penaung NGO Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARAKU).
Gabungan kira-kira 60 NGO itu bertekad menghapuskan politik berasas etnik, kaum dan kelompokan yang menggugat proses pembinaan dan pembentukan bangsa Malaysia.
Menurut Ambiga, selepas pilihan raya umum lalu, banyak retorik kaum dan agama yang dimainkan seolah ada pihak yang mempunyai 'agenda tersembunyi" cuba mengucar kacirkan masyarakat.
Ini termasuk "kenyataan dari pemimpin tertentu" mengenai isu seperti 13 Mei dan ugutan keganasan berasas agama seperti pembakaran patung.
"Adalah ini cara yang bermaruah dan sopan santun? Adakan rakyat Malaysia terima perkara seperti ini?" tegas beliau dalam sidang media pengumuman NEGARAKU di Kuala Lumpur hari ini.
A Samad yang lebih dikenali sebagai Pak Samad dalam sidang media sama menyelar parti politik dan NGO yang menurutnya memberi tumpuan untuk peluasan kuasa dan pengaruh tetapi mengabaikan usaha membina masyarakat.
Program jelajah, didik masyarakat
"Sentimen kaum dan agama diperguna serta diperalatkan sehingga menjejaskan semangat tolak ansur dan mencambahkan sifat taksub dan melampau.
"Kerajaan, entah kerana lumrah atau disengajakan, gagal menanggapi perkembangan yang memudaratkan ini," kata beliau tanpa menamakan parti atau NGO yang dimaksudkannya.
Sementara itu pengerusi jawatankuasa pemandu NGO itu Zaid Kamaruddin berkata gabungan itu tidak bertujuan untuk menentang kerajaan atau parti politik, tetapi untuk mendidik rakyat untuk melawan perkauman yang melampau.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik masyarakat mengenai perlembagaan persekutuan dan hak rakyat melalui program jelajah termasuk kunjungan ke sekolah untuk membolehkan program itu mencapai seluruh peringkat masyarakat, katanya.
Gabungan NGO itu juga merancang untuk menyebarkan piagam NEGARAKU dalam enam bahasa tempatan iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil, Iban dan Kadazan ke seluruh Malaysia untuk tujuan promosi dan pendidikan.
Kebanyakan NGO yang terlibat merupakan badan yang pernah bekerjasama dengan BERSIH 2.0 sebelum ini termasuk Saya Anak Bangsa Malaysia, Pusat Komas, Pasukan Tindakan India Malaysia (Miat).
Selain Samad dan Ambiga, seorang lagi penaung ialah bekas pesuruhjaya hak asasi manusia dan hakim, Tan Sri Simon Sipaun Malaysiakini

No comments:
Post a Comment