GAZA: Sebuah lagi pesawat drone yang menjadi kebanggaan Israel ditembak jatuh oleh pemuda al-Qassam di Semenanjung Gaza semalam.
Saksi berkata, seorang lelaki Palestin bersenjata menembak tepat ke arah pesawat itu yang kemudian jatuh ke tanah.
"Pesawat itu ditembak jatuh oleh meriam anti-pesawat," kata saksi.
Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan daripada Israel sehingga kini.
Serangan semalam menjadikan empat pesawat drone Israel berjaya ditembak jatuh oleh pejuang Palestin sejak tentera rejim melancarkan serangan ke atas Gaza 7 Julai lalu.
Sebelum ini, sebuah pesawat drone ditembak jatuh di daerah Al-Remal di barat bandar Gaza.
Pejuang Hamas, Briged al-Qassam turut melancarkan roket mereka ke Israel sebagai tindak balas kepada serangan berterusan rejim.
Sehingga kini hampir 200 rakyat Palestin gugur syahid dan lebih 1,500 lagi cedera akibat serangan Israel yang masuk hari ke sembilan hari ini. - HARAKAHDAILY 16/7/2014

No comments:
Post a Comment