Monday, September 1, 2014

Jaring Akta Hasutan kini menjangkau ahli akademik

1 Sep 2014

Tebaran jaring Akta Hasutan oleh kerajaan kini semakin meluas dan kini menjangkau ke bidang akademik apabila pensyarah undang-undang, Azmi Sharom akan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan esok.

Malay Mail Online melaporkan hari ini bahawa Azmi (kiri) akan didakwa
di Mahkamah Sesyen esok berhubung satu artikel yang disiarkan dalam portal berita yang sama pada 14 Ogos.

Azmi adalah seorang pensyarah undang-undang di Universiti Malaya dan dipercayai telah membuat komen mengenai krisis menteri besar Selangor dalam artikel tersebut.

Portal itu memetik polis Dang Wangi sebagai mengesahkan bahawa Azmi akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta tersebut.

No comments:

Post a Comment