Monday, September 29, 2014

Kirim Pesan Porno. Menteri undur

29/09/2014  
 
Seorang menteri di kabinet pimpinan PM Britain David Cameron mengundurkan diri setelah mengirim pesan-pesan porno kepada wartawan yang menyamar sebagai aktivis.

Pegawai di pejabat PM di Downing Street mengatakan bahawa Cameron sudah menerima permintaan mundur Brooks Newmark, menteri berusia 56 tahun yang membidangi masyarakat madani. Newmark mengakui bahawa dia melakukan kesalahan.

"Ini semata-mata kerana kekhilafan saya ... saya telah bertindak bodoh," kata Newmark.

Kesnya bermula ketika 'Sophie Wittams', seorang wanita muda yang mengklaim aktivis parti menghubungi Newmark melalui Twitter. Di media sosial Wittams menulis keterangan bahawa dirinya aktif di bidang kehumasan Parti Konservatif, lengkap dengan foto yang memperlihatkan Wittams dengan rambut pirangnya.

Menurut akhbar The Sunday Mirror perhubungan ini berlanjut dengan saling bertukar pesan 'yang masuk kategori dewasa'. Belakangan diketahui bahawa akaun Wittams di Twitter dibuat oleh wartawan lepas Mirror.

Foto gadis muda dengan rambut pirang yang ada di bio Sophie Wittams dilaporkan di ambil dari akaun seorang model Sweden di Instagram.
sumber:detikNews

No comments:

Post a Comment