22 Oct 2014
Apa rasanya ketika disoal siasat tanpa henti selama 44 jam di Pusat
Tahanan Kamunting yang terkenal? Apa yang sepatutnya anda buat atau
cakap?
Ini antara soalan yang dijawab oleh anggota PAS yang sedang digantung keahlian dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Saari Sungib.
Rakannya yang juga bekas tahanan, Syed Husin Ali dalam kata-kata aluan buku terbaru ADUN Hulu Kelang itu berkata buku bertajuk Penjara Tanpa Bicara: Kisah Kekejaman Akta Zalim ialah 'manual' bagaimana untuk mengharungi tempoh sebagai tahanan tanpa bicara.
Penulis buku itu, yang bakal dilancarkan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Isnin ini, bersetuju penuh.
Menurut Saari, buku itu ditulis untuk memberi panduan lengkap kepada tahanan politik.
Mengaitkan pengalaman beliau sendiri sebagai tahanan ISA, Saari yang kini menjadi ADUN penggal kedua untuk kawasan Hulu Kelang berkata terdapat pelbagai usaha dan cara untuk memecahkan semangat seseorang di penjara Kamunting.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment