Tuesday, October 14, 2014

Jururawat ini suntik mati 38 pesakit

14/10/14

Kerap bikin jengkel, perawat Italia suntik mati 38 pasien
Daniela Poggiali. ©Daily Mail  
 Polis  Itali  kini sedang menyiasat kes apakah benar  seorang  jururawat wanita di sebuah rumah sakit membunuh 38 pesakit setelah dia dituduh menyuntik seorang pesakit dengan potassium dosis mematikan.

Polis menangkap jururawat bernama Daniela Poggiali itu di Lugo, sebelah utara Itali , setelah seorang pesakit  berusia 78 tahun meninggal kerana penyakit biasa.

Kelmarin polis  akhirnya memperluas penyiasatan mereka ke arah meninggalnya 38 pesakit. Sepuluh di antara pesakit itu meninggal dalam keadaan mencurigakan, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail,  Isnin (13/10).

Kantor berita Central European melaporkan, jururawat berusia 42 tahun itu dituduh menyuntik pesakit-pesakit dengan potassium dosis tinggi sebab mereka atau keluarga mereka kerap membuatnya jengkel.

Akhbar Itali  Libero Quotidiano melaporkan, seorang staf rumah sakit mengatakan Poggiali pernah meminta dia dipotret di samping pesakit baru meninggal.

Laporan lain menyebutkan dia pernah bergurau telah menyuntikkan potassium dosis tinggi kepada pesakit-pesakitnya.

April lalu seorang pesakit bernama Rosa Calderoni, 78 tahun, meninggal mencurigakan. Hasil pemeriksaan menyatakan ada kadar potassium tinggi dalam aliran darahnya. Dosis itu sama dengan yang biasa dipakai sebagai hukuman mati di Amerika Syarikat.

Namun pendakwa mengakui ada kesukaran buat menjalankan penyiasatan ini kerana potassium boleh menghilang dari aliran darah setelah beberapa hari, sehingga sukar dikesan.

"Masih ada 38 kes kematian mencurigakan. Sepuluh di antaranya sangat mencurigakan," kata Ketua pendakwa  Alessandro Mancini dalam sidang media.
sumber:merdeka.com

No comments:

Post a Comment