Tuesday, October 14, 2014

'Terlalu kaya untuk BR1M, miskin untuk elak cukai'

14 Oct 2014

Belanjawan 2015 terus menekan golongan pertengahan ekoran isi rumah akan dibebani oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata sebuah badan pemikir milik negeri.

Ini kerana, kata Penang Institute, isi rumah berpendapatan antara RM55,000 dan RM100,000 setahun dilihat terlalu kaya untuk bantuan kebajikan tetapi hampir tidak mendapat manfaat potongan cukai pendapatan.

“Golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja tidak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia atau manfaat potongan cukai; tetapi juga harus bayar GST.

“Oleh itu, akhirnya wang tunai mereka akan kurang – kira-kira RM708 setahun,” katanya.

Penang Institute berkata, berdasarkan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah 2012, purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan (atau RM60,000 setahun).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar, statistik terkini menunjukkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,900 (atau RM70,800 setahun).

“Justeru, kami percaya, gabungan kesan ini menyebabkan isu rumah biasa Malaysia mempunyai kurang wang untuk dibelanjakan,” kata badan itu.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment