Thursday, October 23, 2014

Saari Sungib akan kemuka rayuan minggu depan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Adun PAS Hulu Kelang, Saari Sungib yang digantung keahlian berkuat kuasa 12 Oktober lalu, akan mengemukan rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS minggu depan,

Beliau yang dipetik portal Mstar Online sebagai berkata bahawa, surat rayuan tersebut akan diserahkan sendiri di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada Isnin.

"Insya-Allah dalam hujung minggu ini saya akan menulis surat rayuan tersebut. Perkara yang akan ditulis sudah berada dalam fikiran saya," Saari dipetik portal itu.

Beliau juga mmaklumkan telah berbincang dengan peguam dan rakan rapat untuk mendapat maklumbalas berhubung pemecatannya itu.

Saari menjelaskan surat penggantungan beliau diterima melalui pos pada 13 Oktober lalu dan menerimanya menerusi emel pada 11 Oktober.

"Dalam surat penggantungan itu, kesalahan yang saya lakukan tidak dinyatakan secara spesifik, namun surat itu memaklumkan saya melakukan kesalahan di bawah perkara 82 (6) Perlembagaan parti.

"Apa pun saya akan menjawab surat tunjuk sebab ini dan saya akan serahkannya Isnin ini," katanya.

Jawatankuasa PAS Pusat pada 12 Oktober lalu membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan seorang lagi, Hasnul Baharuddin (Adun Morib) selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.

Kedua-duanya bagaimanapun mempunyai ruang untuk membuat rayuan secara bertulis Kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 14 hari, mengikut fasal 83 (4) (5)  Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Penggantungan kedua-duanya dibuat ekoran tindakan mereka manandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.

Tindakan tersebut dilihat tidak selari dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Majlis Syura Ulamak PAS.

Desakan supaya mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka turut diusulkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, di Johor bulan lalu. - HARAKAHDAILY 22/10/2014

No comments:

Post a Comment