SEGAMAT - Permohonan maaf daripada ahli parti Gerakan Johor, Tan Lai
Soon, tidak akan mengubat luka hati orang Melayu yang terguris dengan
dakwaannya yang menyifatkan Melayu sebagai pendatang dalam ucapan
dasarnya pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke -43, Ahad
lalu.
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap berkata, perbuatan meminta maaf selepas melakukan provokasi melampau seakan sudah menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini dan ia bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah.
“Saya secara dasarnya bersetuju agar Tan (Lai Soon ) diambil tindakan sewajarnya seperti yang dilaungkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kiong dalam ucapan sulungnya, baru-baru ini.
“Jika hukuman pecat atau gantung keahlian terlalu berat, mungkin kita boleh cadangkan kepada Gerakan agar dia dikenakan satu hukuman yang lebih wajar dan setimpal dengan apa yang telah diungkapkannya,” katanya.
Anuar yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, jika semua provokasi melampau terutama yang menyentuh agama dan perkauman boleh diselesaikan dengan memohon maaf, dia bimbang suatu hari nanti perkara tersebut boleh mencetuskan suasana tidak aman dan pergeseran antara kaum.
Menurutnya, semua parti dalam komponen BN juga sering diingatkan untuk mengukuhkan kekuatan dalaman masing-masing sebelum cuba menduga parti lain dalam BN.
“Sama ada dakwaan tersebut dilakukan secara tidak sengaja atau pun dengan niat tertentu, apa yang sudah berlaku tetap mengguris hati Melayu di negara ini dan tidak boleh dipandang ringan serta perlu penyelesaian segera.
“Saya menasihatkan semua pihak terutama golongan muda tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk bertindak di luar batas undang-undang sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum,” katanya.
Menurutnya, dalam hal sebegini, dia tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan kerana sebarang tindakan perlulah berpaksikan kepada undang-undang dan perlembagaan negara.
Katanya, dia berharap Presiden Gerakan, mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan terhadap mana- mana ahli parti yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan perkauman.

No comments:
Post a Comment