KERENGGA
SEORANG
pemain bola sepak Liga Perdana Mizoram, India maut apabila gagal
melakukan gaya balik kuang (somersault) dengan sempurna ketika ingin
meraikan gol bersama rakan sepasukan.
Peter
Biaksangzuala, 23, disahkan meninggal dunia di hospital pada Ahad
selepas dipercayai mengalami kecederaan serius di tengkuk apabila gagal
merebahkan badan dengan baik semasa melakukan aksi balik kuang.
Biaksangzuala
melakukan aksi balik kuang selepas berjaya menghasilkan jaringan untuk
kelabnya, Bethlehem Vengthlang FC pada minit ke-62 ketika menentang
Chanmari West FC.
Aksi
akrobatik itu sering dilakukan oleh ramai pemain bola sepak khususnya
penjaring gol Jerman pada Piala Dunia lalu, Miroslav Klose.
Pemain
tengah itu dilaporkan dirawat di hospital selama lima hari sebelum
doktor bertindak menghentikan alat penafasan selepas tiada reaksi
positif.
Difahamkan Biaksangzuala telah menderma matanya kepada hospital berkenaan.
-mstar- 21/10/14
No comments:
Post a Comment