KUALA LUMPUR: PAS Kuala Krai menyifatkan kajian
berhubung daerah Kuala Krai paling mundur di Malaysia oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia sangat berat sebelah dan tidak tepat sekaligus
mempunyai misi politik yang sangat jahat dan berterusan.
Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kajian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Negara ini hadir di saat rakyat terpinga-pinga dengan isu kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barangan meningkat dengan begitu mendadak.
"Namun bila orang luar hadir ke Kelantan ternyata isi kajian yang sering diwar-warkan itu hanyalah sampah sarap yang sangat tidak tepat. Kajian-kajian ini jelas bertentangan dengan kenyataan," ujar beliau dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respons kepada berita yang disiarkan dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang mengulangi retorik yang sukar untuk diterima akal bila mana kajian pada 2010 menunjukkan Kuala Krai daerah termundur di Malaysia.
Adun Mengkebang itu turut menyenaraikan prasarana yang terdapat di daerah itu antaranya, 7 bank komersil utama, pasaraya Pantai Timur, Econjaya, PKT dan beberapa pasaraya yang lain, di samping itu terdapat berpuluh-puluh hotel serta kedai makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, Marry Brown dan Secret Recipe.
"Penyenaraian ini bukanlah bertujuan untuk mendabik dada bahawa dengan adanya perkara di atas menunjukkan kita sudah maju, namun ia adalah sekadar menyangkal tohmahan sebagai daerah termundur di Malaysia. Adalah tidak lojik dengan kehadiran 7 bank utama di sini, Kuala Krai masih dilabelkan sedemikian?
"Saya juga percaya ini adalah rentetan gambaran yang sama kepada Kelantan semenjak hampir 25 tahun lepas. Di saat segala isi bumi Kelantan di ratah dan disedut dengan penuh rakus tanpa diberikan hak walau 5%,"tegasnya.
Jelasnya yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan, rakyat dapat melihat dan membandingkan kajian yang amat berat sebelah ini dengan mudah dan lebih tepat apatah lagi pada zaman di mana teknologi maklumat menguasai dunia.
"Jika kajian ini di buat adalah untuk bertujuan memajukan Kuala Krai saya tidak kisah. Namun lebuhraya yang dijanjikan semenjak Rancangan Malaysia ke-5 di mana Kuala Krai merupakan antara laluan utamanya sehingga sekarang masih belum kelihatan. Ini sepatutnya yang perlu lebih dimalukan.
"Seperti kata pujangga "bak ketam mengajar anaknya berjalan betul".
"Saya mengajak anda ke Kuala Krai. Singgah dan berkatalah dengan betul tentang apa yang ada di sini. Kita sebenarnya bergerak seiring walaupun dengan jelas kita dinafikan hak,"tambahnya.- HARAKAHDAILY 21/11/2014

No comments:
Post a Comment