Monday, November 24, 2014

Lelaki Gali Kubur Ibunya Untuk Selfie Bersama

  24/11/14

Beirut – Seorang penjaga tanah perkuburan yang gemar menghabiskan masa di tanah perkuburan Deab Saiqly menggali kubur ibunya dan mengambil gambar bersama mayat berkenaan, menurut laporan TV MBC.

MBC TV Channel menemuramah lelaki itu dan menjemput pakar psikiatri untuk memberi keterangan mengenai kes berkenaan.

Bagaimanapun, dia kelihatan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental.

Deab memberitahu peguam dan pakar psikiatri bahawa dia suka menghabiskan masa di tanah perkuburan kerana suasana di situ membuat perasannya tenteram dan bahagia berada bersama orang yang sudah mati.

Dia juga menolak lamaran seorang wanita dari Amerika Syarikat kerana tidak mahu meninggalkan tanah perkuburan itu.

Menurut Deab dia sudah mengambil banyak gambar selfie bersama rangka manusia di perkuburan tetapi cuma menyimpan gambar bersama mendiang ibunya

No comments:

Post a Comment