KUALA LUMPUR:
Petisyen bagi memohon Dewan Rakyat mendesak kerajaan untuk memansuhkan
Akta Hasutan 1948 diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri
Pandikar Amin Mulia pagi ini.
Seramai 3,005 telah menandatangani petisyen itu dan ia dijangka akan dibahaskan pada Isnin, 24 November oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Petisyen itu juga mendesak agar menggugurkan semua pendakwaan yang menjadi sasaran termasuk ahli parlimen, peguam, aktivis sosial dan rakyat biasa.
Mereka yang menandatangani petisyen itu akan mengadakan perarakan dari Padang Merbok ke parlimen bagi menyatakan bantahan mereka terhadap akta itu.
Khalid dalam sidang medianya berharap agar dewan memberi kebenaran untuk membahaskan petisyen itu.
Ini kerana katanya, Akta Hasutan adalah undang-undang zalim yang digubal oleh penjajah British untuk menindas rakyat jelata.
Akta itu katanya, mempunyai tafsiran luas dan amat mudah disalahgunakan dan ia boleh dan sedang digunakan untuk memperjenayahkan apa-apa ucapan bersifat demokratik termasuk kritikan terhadap kerajaan, pemimpin atau parti politik pemerintah.
Katanya, Perdana Menteri telah berjanji untuk mansuhkan akta tersebut pada 11 Julai 2012 dan 3 Julai 2013, malangnya penggunaan Akta Hasutan semakin berleluasa ketika ini. - HARAKAHDAILY 20/11/2014

No comments:
Post a Comment