Saturday, November 29, 2014

Pil Ajaib Boleh Buat Kentut Jadi Wangi

28 November 2014
 
 Foto: copyright shutterstock.com
  Kentut adalah hal alami yang akan dilakukan semua orang, proses pelepasan gas ini adalah sebahagian dari sistem pencernaan. Berbahagialah jika anda boleh kentut setiap hari, tandanya sihat, ya walaupun.. tak semua kentut beraroma menyenangkan.

Tenang saja, anda tak perlu lagi menahan kentut hingga mulas kerana takut kentut beraroma tak menyenangkan. Banyak orang menahan kentut kerana takut ketahuan buang gas dan pasti malu sangat. Tapi sekarang, ada sejenis pil ajaib yang boleh membuat aroma kentut sewangi cokelat. Pencipta pil ini adalah Christian Poincheval, seorang lelaki berusia 65 tahun dari desa Gesvres, Perancis.

Pengalaman Buruk Jadi Idea Ciptakan Pil Ajaib
Kadang pengalaman buruk boleh jadi idea yang mengagumkan. Dilansir oleh Huffingtonpost.com, Christian menceritakan bahawa suatu hari di tahun 2006, dia dan teman-temannya sedang bercuti. Saking enaknya liburan, Christian dan teman-temannya makan sangat banyak. Akhirnya mereka tak sedar buang gas di restoran dan baunya sungguh mengganggu.

Christian dan pil ajaibnya | Foto: copyright journalepicurien.com 
Christian dan pil ajaibnya | Foto: copyright journalepicurien.com
"Kentut kami sangat bau setelah makan berlebihan, kami hampir tak boleh bernafas," ujarnya. "Orang-orang di meja sebelah kami tampak tidak gembira, saya menyedari harus melakukan sesuatu," lanjut Christian.

Akhirnya lelaki  tersebut menemui bahawa apa yang kita makan sangat berpengaruh pada aroma gas yang keluar ketika buang angin. Christian mengatakan bahawa pilnya akan mengurangi jumlah gas di dalam usus, semua bahan yang dipakai dalam pil adalah bahan alami misalnya adas, rumput laut, sayuran dan kakao (pembuat cokelat).

"Beberapa pembeli memang punya masalah dengan gas berlebih, sebahagian lagi membuatnya sebagai bahan gurauan  dan mempamerkan aroma kentut pada teman-teman mereka," tambah Christian.

Ketika ini harga pil ajaib sekitar 1.25 juta rupiah per 60 pil. Selanjutnya, Christian akan mengembangkan pil yang bisa membuat aroma kentut seperti mawar atau bunga-bunga lain.
 sumber:Vemale.com

No comments:

Post a Comment