KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada lapan mahasiswa
Universiti Malaya yang dihadap ke lembaga tatatertib kerana menganjurkan
himpunan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu
lalu memohon prosiding ke atas mereka ditangguhkan.
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol antara yang memohon kes beliau ditangguhkan ke satu satu tempoh masa yang lain.
"Saya mohon ditangguhkan sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk lebih masa buat persediaan. Beberapa lagi kawan saya yang lain juga mahu ditangguh.
"Namun sebahagian lagi mahu dihabiskan kes mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Fahmi berdepan sembilan pertuduhan ekoran terlibat dalam penganjuran pidato Anwar yang diadakan di Dataran Tunku Canselor 27 Oktober lalu.
Dalam prosiding tatatertib yang bermula pagi tadi, beliau diwakili Presiden Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) Prof Madya Azmi Shahrom selaku peguam.
Menurut Fahmi, sekarang ini sedang berlangsung prosiding di mana setiap pelajar yang dituduh dipangil seorang demi seorang menghadap jawatankuasa tatatertib universiti.
Ekoran terdapat permohonan untuk ditangguhkan, kemungkinan keputusan terhadap permohonan itu diumum selepas ini.
"Untuk keputusan semasa, kes saya ditangguhkan pada tarikh yang akan dinyatakan sebentar nanti," katanya. - HARAKAHDAILY 7/11/2014

No comments:
Post a Comment