Sinar Harian
- Nor Hisham menunjukkan sebaran mesej palsu daripada aplikasi WhatsApp berhubung insiden Empangan Batu.
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor semalam menafikan sebaran berita
palsu berhubung Empangan Batu retak sehingga menyebabkan pelepasan air
ke Sungai Batu.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dalam satu kenyataan berkata, pada pagi kelmarin Empangan Batu berada pada paras 100.8 peratus.
“Susulan itu, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Kuala Lumpur bertindak melepaskan air empangan untuk tujuan pengurangan bagi takungan air hujan yang dijangka bakal diterima.
“Apabila hujan turun kelmarin, maka pelepasan air empangan dihentikan untuk mengurangkan paras air di Sungai Batu dan ini adalah prosedur biasa pengawalan air empangan,” katanya.
Adun Taman Templer itu berkata, tiada keretakan atau kerja pembaikan empangan seperti yang disebarkan dan perkara itu disahkan oleh Pengarah JPS Kuala Lumpur, Abu Bakar Mohd Yusof.
Sementara itu, Abu Bakar ketika dihubungi memberitahu, pihaknya hanya melepaskan empat inci air daripada 102.7 meter paras empangan iaitu pada tahap berjaga-jaga.
“Pelepasan air empangan dilaksanakan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) tebatan banjir Empangan Batu. Apabila air melepasi aras 102.7 meter, pelepasan air takungan hanya pada keadaan cuaca normal sahaja.
“Operasi pelepasan air empangan dihentikan pada jam 8 malam kelmarin, ekoran hujan lebat serta pelaksanaan operasi kawalan banjir di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu berkenaan pelepasan air Empangan Batu akibat air naik mendadak hingga menimbulkan keadaan panik penduduk sekitarnya.
“Tidak sepatutnya perkara ini dipermainkan kerana menimbulkan suasana panik, tambahan pula dengan keadaan yang berlaku di Pantai Timur sekarang,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menggesa pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebaran berita palsu berhubung Empangan Batu retak dan menyebabkan pelepasan air ke Sungai Batu.
Beliau berkata, berita palsu itu menimbulkan keadaan yang tidak harmoni serta kebimbangan masyarakat.

No comments:
Post a Comment