26 Jan 2015
Pelbagai pihak tampil menyatakan bantahan terhadap usaha
memasukkan “ciri-ciri” Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam rang
undang-undang antikeganasan yang akan dibentangkan di parlimen pada Mac
ini.
Anggota parlimen Padang Serai N Surendran menyelar kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilaporkan sebuah media hari ini.
“Kini jelaslah BN menggunakan ancaman keganasan global sebagai alasan untuk memperkenalkan semula tahanan tanpa bicara di Malaysia,” kata Surendran yang juga seorang peguam.
“Ini akan menjadi pengkhianatan jelas buat rakyat, yang percaya dengan langkah BN dalam pilihan raya umum ke-13 bahawa Malaysia menghapuskan undang-undang pencegahan dengan penghapusan ISA.”
The Malaysian Insider melaporkan, Wan Junaidi sebagai berkata, langkah itu diperlukan bagi menangani aktiviti keganasan.
"Kerajaan sudah berjanji ISA tidak akan dikembalikan, tapi mungkin selepas tapisan nanti, ada ciri-ciri (peruntukan undang-undang) yang hampir sama dengan ISA," beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment