TUMPAT – “Saya tiada tempat tinggal, hanya ada wang simpanan RM10 untuk
membesarkan dua anak lelaki yang masih menyusu,” luah seorang ibu
tunggal orang kurang upaya (OKU), Norazila Mamat, 26, dari Kampung
Chabang Tiga Berangan, di sini.
Norazila yang juga OKU masalah pembelajaran dikurniakan dua anak lelaki, Mohd Amirul Hakimi Abdul Hakim, 3, dan Mohd Haiqal, 2, namun selepas berpisah dengan suami keduanya, hidupnya melarat.
Demi anaknya itu, Norazila meminta belas ihsan jirannya untuk menumpang tinggal di sebuah rumah kosong yang ditinggalkan setahun lalu.
Walaupun rumah usang, tiada elektrik dan tandas runtuh, Norazila sanggup tinggal di situ sejak dua hari lalu.
Norazila berkata, dia sebelum ini tinggal dengan kakaknya tetapi disebabkan masalah keluarga, dia terpaksa berpindah.
“Saya sekarang hanya minta belas ihsan jiran kerana dengan RM10, tidak cukup beli susu anak, lampin pakai buang dan makan minum saya sendiri.
"Namun, saya bersyukur kerana jiran prihatin dengan nasib kami sekeluarga apabila memberikan makanan dan susu untuk anak," katanya.
Norazila berkata, dia sukar keluar mencari nafkah kerana anak masih kecil dan paling perit, apabila anak sulungnya menghadapi masalah lambat berjalan dan bercakap serta perlu dirujuk doktor pakar.
“Yang bongsu sudah boleh berjalan tetapi yang sulung seperti kekurangan zat makanan dan lambat berjalan serta bercakap,” katanya yang ditemani cahaya lilin sejak dua malam lalu di rumah usang itu.
Menurutnya, dia pernah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi status terkini tidak dikemas kini.

No comments:
Post a Comment