KOTA BHARU - Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca)
mahu akta baharu dengan peruntukan hukuman lebih berat diwujudkan bagi
mengekang sindiket gores dan menang dari terus berleluasa.
Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, aduan kes gores dan menang banyak diterima kerana ramai tertipu sehingga menanggung kerugian ratusan ribu.
Menurutnya, masalah tersebut tidak mampu dibanteras di peringkat akar umbi memandangkan tiada undang-undang khusus untuk kes tersebut selain menggunakan peruntukan di bawah Akta Jualan Langsung.
“Akta jualan langsung dendanya sangat rendah dan tidak memadai, sebab itu kita minta wujud satu akta baharu dengan denda dan hukuman yang lebih berat.
“Malah pihak berkuasa juga perlu menyenaraihitamkan dalang atau individu yang menjadi orang kuat gores dan menang agar usaha untuk mengulangi operasi yang sama tidak berulang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas memberikan taklimat kepada dalam ceramah perdana kepenggunaan di Gelanggang Seni, semalam.
Dalam pada itu, Mohd Yusof turut menasihatkan pengguna agar tidak mudah tertipu dengan taktik sesetengah pihak dalam melakukan jualan murah atau penghabisan stok.
“Mereka ini guna taktik untuk mengaburi mata pembeli dengan harga murah, bila pendedahan dilakukan dan usaha berterusan pihak terlibat termasuk menjalankan operasi bersepadu bagi mengatasi masalah ini pengguna kini lebih berhati-hati untuk membeli,” katanya.

No comments:
Post a Comment