Saturday, March 28, 2015

Kes Mat Sabu:Prof Kay Kim kata buku Sejarah Tingkatan 5 tidak betul

HARAKAHDAILY | .
BUTTERWORTH: Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam berkaitan isu Bukit Kepong dan Mat Indera menyaksikan pihak pendakwa memanggil saksi terakhir mereka iaitu Tan Sri Prof Khoo Kay Kim.

Prof Khoo Kay Kim adalah saksi ke-11 pihak pendakwa di mana di dalam keterangan beliau semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwaraya beliau menceritakan panjang lebar berkenaan sejarah komunis di mana tesis PhD beliau adalah berkaitan sejarah perjuangan ekstrem dan anarki di Tanah Melayu 1915 hingga 1935.

Beliau juga menyatakan semasa Jepun menyerang Malaysia pihak British telah meminta bantuan Partai Komunis Malaysia (PKM) dan memberikan senjata kepada PKM. Sebaik sahaja Jepun mengundur diri dan British kembali memerintah, British telah enggan membenarkan permohonan PKM untuk terlibat dalam politik secara sah.

Tindakan British itu, menurut beliau, adalah kerana desakan atau ugutan Amerika yang menjadi sekutu British.

Amerika juga, katanya adalah pembeli utama getah dan bijih timah daripada British di mana kedua dua komoditi itu diambil oleh British daripada bumi Tanah Melayu.

Saksi tersebut juga menyatakan menurut pendapat beliau negeri negeri Tanah Melayu selain daripada negeri negeri selat bukanlah tanah jajahan British sebaliknya ianya hanya di bawah naungan British.

Alasan beliau kerana wujudnya perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan British di mana British mengakui kedaulatan Raja-Raja Melayu meskipun menerima British sebagai Penasihat.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguambela Mat Sabu yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin saksi diasak secara betubi-tubi oleh Hanipa sehinggakan selepas perbicaraan tamat saksi dilihat bersalam dengan Hanipa di luar mahkamah dan menyatakan kepada Hanipa bahawa beliau rasa pening diasak oleh peguambela Mat Sabu tersebut.

Hanipa memulakan soalan beliau dengan meminta pengakuan saksi tersebut bahawa pengajian atau tesis beliau tidak melibatkan inside di Tanah Melayu selepas tahun 1935 di mana beliau bersetuju.

No comments:

Post a Comment