Sinar Harian
- Kelihatan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa perhimpunan tidak mendapat kebenaran #KitaLawan di Kuala Lumpur, hari ini.
Malah beliau turut melahirkan keyakinan bahawa himpunan #KitaLawan yang berlangsung hari ini tidak akan memberi kesan kepada proses pengampunan yang masih belum mendapat kata putus.
"Ini adalah untuk rakyat berikan sokongan. Tiada apa-apa yang bercanggah kerana ini adalah hak rakyat untuk menyuarakan sesuatu yang kita mohon ke bawah duli Tuanku Yang Dipertua Agong untuk melihat bahawa inilah hasrat rakyat," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Sebelum ini, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengemukakan petisyen pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap sabitan kesalahan kes liwat II Ketua Pembangkang itu.
Mengulas lanjut, mengenai tindakan siri jelajah program penerangan kes tersebut, Wan Azizah mendakwa langkah itu terpaksa dibuat ekoran rakyat tidak percaya.
"Kita lihat kerajaan terpaksa membawa Tan Sri Shafee untuk membuat 'roadshow'. Maksudnya, rakyat tak percaya.
"Ini adalah suara rakyat. Kita mahu bersoladiriti dengan Anwar Ibrahim...demokrasi. Kita ada caranya untuk rakyat berhimpun dan di bawah Perlembagaan, ia dibenarkan," katanya.
No comments:
Post a Comment