9 Apr 2015
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan yang
menyokong penggantinya, Datuk Seri Najib Razak juga perlu menyokong
1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang kini menanggung hutang RM42
bilion.
Golongan itu perlu menyokong tindak tanduk firma berkenaan, yang masih belum dapat memberi penjelasan mengenai dana tersebut, kata Mahathir.
“Adakah anda juga sokong (langkah) menyimpan berbilion ringgit di Cayman Islands?
“Adalah anda juga sokong (langkah) bahawa, selepas membawa pulang wang tersebut, ia mesti disimpan di sebuah Bank Switzerland di Singapura?
“Adakah anda menyokong penjelasan bahawa wang tersebut tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia oleh perdana menteri dan menteri kewangan kerana Bank Negara akan banyak soal?,” katanya.
Kerajaan sebelum ini menjelaskan bahawa dana 1MDB yang dibawa pulang dari Cayman Islands disimpan di Singapura untuk memudahkan transaksi.
Mahathir juga mempersoalkan jika golongan yang menyokong Najib itu setuju dengan jualan strategik di Kuala Lumpur dengan harga rendah kepada 1MDB.
Persoalan demi persoalan
Mahathir berkata, sekiranya 1MDB bercadang untuk menjual tanah tersebut kepadad firma kerajaan pada harga lebih tinggi menunjukkan 1MDB tidak berada pada kedudukan kukuh.
"Jika jualan ini untuk membayar hutang 1MDB, ini bermakna 1MDB, yang meminjam RM42 bilion, tidak boleh membayar hutang daripada pelaburan itu.
“(Maksudnya) wang berbilion itu sudah hilang.
"Jadi apa yang berlaku kepada RM42 bilion yang dipinjamkan itu? Kenapa mesti 1MDB meminjam RM2 bilion untuk membayar faedah?
“Mengapa kerajaan mesti sediakan hampir RM1 bilion untuk membayar hutang 1MDB?,” katanya.
Mahathir merujuk kepada jawapan Najib di Parlimen semalam, bahawa sebanyak RM2 bilion dibayar pada Februari kepada Maybank dan RHB. Najib juga berkata, 1MDB tidak bankrap.
Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan kerajaan menyediakan bayaran pendahuluan RM950 kepada 1MDB untuk membantu aliran kewangannya.
Najib merupakan menteri kewangan dan pengerusi kepada lembaga penasihat 1MDB.
Selain itu, Mahathir turut membangkitkan mengenai pembelian loji janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran oleh 1MDB.
Beliau juga terus membangkitkan bahawa jutawan Jho Low mempunyai hubungan yang dekat dengan keluarga Najib.
Low dilaporkan banyak terlibat semasa 1MDB diasaskan dan mengaku menjadi penasihat kepada firma pelaburan negara itu.
Low juga diberi penghargaan khas dalam filem 'The Wolf of Wall Street' yang diusahakan oleh firma Riza Aziz, Red Granite. Riza merupakan anak tiri Najib.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment