Wednesday, July 1, 2015

Rafizi fail tuntutan balas pada Najib, Rosmah

30 Jun 2015
Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli memfailkan tuntutan balas terhadap Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia berhubung saman mereka terhadapnya ekoran ejekan Rafizi mengenai "cincin berlian".

Tuntutan balas Rafizi difailkan pada 29 Mei menyatakan bahawa beliau telah dijadikan mangsa oleh PM dan Rosmah, yang memfailkan saman terhadapnya kerana kritikan beliau mengenai subsidi bahan api dan kerajaan persekutuan.

Rafizi berkata saman itu sebagai percubaan Najib dan Rosmah untuk menyekat wacana politik yang sah dan merupakan penyalahgunaan proses.

"Justeru itu, saya telah mengalami kerugian ekoran tindakan plaintif," kata Rafizi dalam tuntutan balas itu.

Beliau memohon ganti rugi am, kos dan relif lain yang mahkamah boleh memberikan kepadanya.

No comments:

Post a Comment