26/08/15
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan
amaran keras kepada semua pihak agar tidak menggalakkan keganasan, dan
ini termasuk kumpulan anti-BERSIH.
"Walaupun kita telah
mengisytiharkan perhimpunan BERSIH sebagai haram, kita tidak akan
bertolak ansur dengan tindakan ugutan jenayah oleh sesiapa sahaja
terhadap mereka yang mengambil bahagian," katanya kepada Malaysiakini.
Khalid
berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa kumpulan anti-BERSIH akan
berlatih dengan parang dan pedang sebagai persediaan berikutan
perhimpunan BERSIH 4 yang dijadualkan hujung minggu ini.
Pemimpin kumpulan
itu, ketua bahagian Umno, Jamal MD Yunos berkata latihan itu adalah
untuk mempertahankan diri dan bukan untuk mencetuskan keganasan.
Bagaimanapun,
Khalid berkata perbuatan itu boleh ditafsirkan sebagai ugutan jenayah
dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap
mereka yang berkumpul di jalan-jalan dengan senjata.
"Mengapa berlatih dengan pedang jika anda tidak
berniat untuk membawanya pada hari itu? Jika itu berlaku, maka pihak
polis akan menangkap mereka yang didapati memiliki senjata.
"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.
Khalid
juga mengulangi amaran polis kepada orang ramai untuk mengelakkan
perhimpunan BERSIH dan perhimpunan yang dirancang oleh kumpulan yang
lain.
Jamal bercadang untuk menggerakkan 30,000 orang untuk
berdepan dengan perhimpunan semalaman BERSIH, yang antara lain untuk
menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdu Razak.
Dengan memakai kameja-T merah, kumpulan anti-BERSIH merancang untuk berkumpul di Low Yat Plaza.
Semalam,
kumpulan itu mempersembahkan seni mempertahankan diri di luar pusat
beli-belah Sogo, di mana peserta memecahkan jubin dan kayu.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment