Monday, August 31, 2015

Berselisih kerana salakan anjing, tiga orang terbunuh

 30/08/15
 
BBC

LISBON, KOMPAS.com - Tiga orang, termasuk dua anggota polis , ditembak mati dan seorang lagi cedera dalam sebuah perselisihan domestik di Portugal, lapor media dan sejumlah pegawai setempat,Ahad(30/8/2015).

Insiden tersebut terjadi di Quinta do Conde, sekitar 30km di selatan ibukota Lisbon.

Seorang lelaki berusia 77 tahun dikatakan telah melepaskan tembakan setelah satu   perselisihan terkait seekor anjing yang menyalak.

Lelaki tua tersebut dilaporkan telah berusaha untuk membunuh dirinya sendiri dengan  senapang berburu tetapi kemudian ditangkap dan dibawa ke rumah sakit.

Seorang anggota polis  berpakaian awam yang tinggal di daerah itu ditembak mati ketika dia berlari untuk menyiasat perselisihan tersebut. Seorang polis patrol  kemudian dipanggil ke tempat kejadian juga ditembak di kepala dan meninggal

Korban ketiga dilaporkan merupakan putera dari anggota polis  berpakaian awam itu yang mencuba untuk menolong ayahnya. Korban ketiga itu cedera parah dalam baku tembak dan meninggal kerana luka-lukanya di rumah sakit.

Salah seorang tetangga mengatakan kepada kantor berita Lusa bahawa  lelaki bersenjata tersebut telah mengancam akan membunuh seorang tetangga jika anjing itu tidak berhenti menyalak. "Namun tidak pernah terlintas dalam fikiran kami bahawa dia akan mencuba untuk melakukannya," kata tetangga  itu.
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: BBC Indonesia

No comments:

Post a Comment