Pemantauan yang dilakukan pihak Polis mendapati keadaan di sekitar Dataran Merdeka masih lagi terkawal.
KUALA LUMPUR: Polis menjelaskan tiada keperluan untuk menggunakan
anggota Unit Polis Simpanan (FRU) di kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Mengulas mengenainya, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Mad
Isa memaklumkan keadaan paada masa sekarang masih terkawal di mana
penganjur masih mematuhi janjinya.
“Setakat ini, masih lagi terkawal, pihak penganjur juga memegang
kepada janji mereka untuk tidak melanggar peraturan dan arahan yang
ditetapkan,” katanya.
Sewaktu dihubungi Free Malaysia Today, Tajuddin juga menyatakan
sehingga kini, anggota polis yang dikerahkan untuk mengawal dan memantau
perjalanan demosntrasi Bersih 4.0 adalah mencukupi walaupun tidak
menyatakan jumlah sebenar.
Mengulas lanjut, beliau juga menjelaskan bahawa sambutan Hari
Kebangsaan akan tetap dijalankan di lokasi berkenaan, pada Isnin.dan
menafikan dakwaan bahawa sambutannya akan dipindahkan ke lokasi lain
iaitu Stadium Bukit Jalil.
“Memang sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Cumanya, Konsert Ambang Merdeka dilakukan di Stadium Bukit Jalil.
“Bukan kita yang menetapkan lokasi itu, sebaliknya ia atas arahan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” ujar beliau lagi.
Pada masa sama, beliau juga memuji sikap peserta demonstrasi Bersih 4.0 yang tetap berdisiplin.
“Hingga kini, tidak ada lagi sebarang tangkapan yang kita lakukan,” ujarnya.
FMT
No comments:
Post a Comment