Sunday, August 2, 2015

Khabar angin ditangkap buat Muhyiddin tak tidur

2 Jul 2015
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah mendapatkan penjelasan daripada penggantinya Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung khabar angin beliau akan ditangkap.

Muhyiddin mengakui beliau dan anggota keluarganya tidak dapat tidur malam kerana bimbang selepas digugurkan jawatan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa lalu.

Muhyiddin berkata beliau membuat panggilan telefon sama ada beliau akan “dihukum” selain bertanya apa salahnya.

Bercakap dalam mesyuarat agung tahunan Umno Kluang hari ini, Muhyiddin juga bertanya sama ada tugas timbalan perdana menteri baru untuk menangkap yang lama.

Bagaimanapun, katanya, setelah menyemaknya Zahid memberitahu 15 minit selepas itu bahawa ia hanya khabar angin.

“Tetapi saya masih tak dapat tidur malam itu,” katanya sambil ketawa. 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment