Wednesday, September 30, 2015

Pembangkang, NGO desak Anwar terima rawatan di luar negara

 | September 30, 2015
Mereka mendakwa Kementerian Kesihatan dan doktor panel gagal memberi perkhidmatan kesihatan yang diperlukan Anwar Ibrahim.
Teo-Kok-Seong_anwar_600
PUTRAJAYA : Gabungan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan empat parti pembangkang mendesak Kementerian Kesihatan memenuhi permintaan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Ketua Umum PKR itu menerima rawatan di luar negara.

Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong berkata, desakan itu kerana Kementerian Kesihatan dan Ketua Panel Pakar Perubatan, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai gagal mengambil berat mengenai ‘Hipocratic Oath’ dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik.

“(Mereka) tidak memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi kepada pesakit.
“Anwar kini diasak dengan pengurusan rawatan kesihatan yang teruk serta mengalami penyusutan berat badan, tekanan darah tidak menentu, gastrik, artritis dan otot bahu terkoyak,” katanya.

Dia berkata demikian sebelum menyerahkan Memorandum Hak Perubatan Rawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wakil Menteri Kesihatan pada Rabu.
Ahli Parlimen Rasah itu berkata, doktor panel yang merawat Anwar turut melengahkan-lengahkan rawatan.

Katanya, Anwar juga sewajarnya diberikan pilihan untuk memilih pakar-pakar untuk memeriksanya yang melibatkan pembedahan mikro atau penggantian bahu.

Katanya, Anwar wajar diberi rawatan di luar negara kerana Penjara Sungai Buloh kekurangan fasiliti dan kemudahan rawatan perubatan.

Tak dibelikan Iphone 6s oleh pacarnya, wanita ini buat perangai hodoh

30/09/15

Tak dibelikan Iphone 6s oleh pacarnya, wanita ini bugil di muka umum
iPhone 6s dan 6s Plus. © phonearena

Seorang gadis di China ngambek lantaran tak dibelikan Iphone 6s. Namun ngambeknya wanita ini luar biasa kerana sampai nekat bogel di muka umum.

Dilansir dari Mirror Weird News, Rabu (30/9), wanita ini sedang kencan dengan kekasihnya di pusat perbelanjaan di China. Mereka melewati sebuah kedai telepon. Si wanita kemudian merengek meminta dibelikan telepon mutakhir keluaran perusahaan teknologi  Apple. Telepon yang harganya masih amat tinggi ini memang menjadi incaran ramai orang.

Kerana tidak dibelikan oleh kekasihnya, dia kemudian memulai aksi ngambek dengan membuka satu per satu baju yang dikenakannya. Aksinya itu tak sengaja dirakam oleh seseorang yang tengah belanja di tempat itu.

"Dia gila, menangis sambil membuka semua bajunya. Benar-benar gila," ungkap orang yang merakam, tak mau disebutkan namanya.
Lantaran malu, kekasihnya pun meninggalkan dia, namun akhirnya si wanita mengikutinya dan mulai memakai pakaiannya.

Video itu kemudian diunggah di Youtube pada 20 September lalu, dan sudah dilihat lebih dari 1.2 juta penonton.
Merdeka.com

Peguam Umno: Pandangan Megat kes Saifuddin tak terpakai

30/09/15

Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas bukan pengerusi Lembaga Displin Umno maka kenyataan beliau berhubung kes Datuk Saifuddin   tidak terpakai, kata penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun.

Megat Najmuddin dilapor berkata tiada masalah bagi Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri, menghadiri mesyuarat pembentukan Pakatan Harapan bulan ini.

Saifuddin yang juga bekas MP Temerloh diberi surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri perbincangan parti pembangkang.
"Saya mahu membetulkan, Megat bukan pengerusi Lembaga Displin Umno.
"Pengerusi Lembaga Displin Umno ialah Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen (Tengku Ismail), masih.

"Dan sekarang beliau di luar negeri, jadi apa saya kenyataan yang dbuat oleh Megat mesti kekal sebagai kenyataan peribadi dan untuk beliau sahaja dan tidak mewakili Lembaga Displin," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hafarizam merujuk laporan The Malaysian Insider berhubung perkara itu, yang memetik Megat Najmuddin sebagai pengerusi Lembaga Displin Umno.
Sementara Saifuddin berkata beliau telah menerima surat itu, yang ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan masih "menunggu ilham" untuk menjawabnya sehingga 6 Oktober ini.
Malaysiakini

Malu anaknya curi kondom, ayah cekik gadis itu hingga mati

30/09/15

Malu anaknya curi kondom, ayah cekik putrinya hingga tewas
Asadullah Khan. ©Mirror
Asadullah Khan, 51 tahun, dan isterinya Shazia, 41 tahun, asal Pakistan diseret ke mahkamah kerana membunuh puterinya, Lareeb Khan, 19 tahun.

Dalam perbicaraan, lelaki muslim itu   mengaku mencekik anaknya hingga mati setelah puterinya itu ketahuan mencuri kondom di sebuah  kedai kerana ingin bercinta dengan pacar yang tidak direstui.

Tabloid Mirror melaporkan, Isnin (28/9), dalam mahkamah di Darmstadt, Jerman, sang ayah mengatakan anaknya itu sudah membuat malu keluarga kerana menjalin asmara dengan lelaki yang tidak disetujui olehnya.

Sang ayah dan isterinya adalah pasangan yang menikah kerana dijodohkan orangtua dan Asadullah juga ingin melakukan hal yang sama terhadap puterinya.

Khan mengaku membunuh Lareeb pada pagi hari 28 Januari lalu. Menurut akhbar  Jerman Bild, peristiwa itu disaksikan oleh isterinya.
Setelah dibunuh, jasad Lareeb kemudian diberi pakaian lalu dibawa turun apartemen dengan kerusi roda. Mereka kemudian membawa mayat anaknya ke sebuah hutan dan membuangkannya di sana.

Seorang pejalan kaki kemudian menemui jenazah Lareeb sehari kemudian.

Menurut pengaduan ibunya di mahkamah, Lareeb lari dari rumah selama beberapa hari kerana bertengkar dengan kedua orangtuanya dan dia juga membuang jilbabnya.

"Suatu hari kami menerima surat dari polis  yang menyatakan anak kami mencuba mencuri kondom," kata sang ibu.

Sejak menerima khabar dari polis  itu ayah Lareeb marah dan melarang anaknya keluar rumah sehingga mereka membunuhnya.

Sidang kes ini masih terus berjalan.
 Edit dari Merdeka.com

Pembangkang gesa Obama batal jumpa Najib


Pembangkang gesa Obama batal jumpa Najib
Wan Azizah ketika sidang media di Pejabat PKR hari ini.
PETALING JAYA - Pakatan Harapan menggesa agar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membatalkan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menggantung semua rundingan bersabit perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan itu wajar dilakukan sehingga siasatan ke atas Najib selesai dijalankan.
 
"...adalah wajar bagi Presiden Obama membatalkan perjumpaan dengan Najib yang dijadualkan November ini sehinggalah siasatan diselesaikan terlebih dahulu di AS bagi mengelakkan persepsi yang buruk ke atas kedua-dua mereka.
 
"Hanya selepas Najib menyelesaikan masalah krisis kredibiliti dan isu-isu berkait dengan tuduhan penyelewengan 1MDB barulah sebarang rundingan yang melibatkan kedaulatan negara boleh diteruskan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.
 
Menurutnya, laporan The New York Times pada 21 September lalu memberi gambaran bahawa Najib dan keluarganya sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS.
 
"Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara apabila seorang Perdana Menteri disiasat oleh negara asing atas tuduhan jenayah. Ia bawa kesan besar kepada kebebasan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat selain menjejaskan imej Malaysia di mata dunia yang sekaligus memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur terhadap Malaysia.
 
"Siasatan ke atas Najib ini merumitkan hubungan diplomatik kedua-dua negara ketika kerajaan dan AS sedang merunding perjanjian TPP yang telah mengundang pelbagai kontroversi," katanya.
 
Sehubungan itu, pakatan pembangkang juga mengingatkan Najib agar tidak menjadikan tekanan penyiasatan AS terhadapnya sebagai alasan untuk menandatangani perjanjian TPP.
 
"Kerajaan AS perlu menggantung semua rundingan bersabit perjanjian TPP dengan Najib untuk mengelakkan persepsi bahawa konflik kepentingan yang timbul akibat siasatan itu.
 
"Mengambil kira krisis kredibiliti yang dihadapi oleh Najib, Pakatan Harapan berpendapat sokongan kuat kerajaan AS terhadap pentadbiran beliau perlu dikaji semula sebagai langkah menjaga hubungan baik antara Malaysia-AS yang dibina selama ini dan juga pada masa akan datang," katanya
Sinar  Harian

Wanita pukul suami OKU, sembur racun serangga


Selimut: Pukul suami OKU, sembur racun serangga
Tertuduh (kiri) keluar dari mahkamah selepas perbicaraan hari kedua selesai. – Foto Sinar Harian
KOTA BHARU – Seorang lelaki orang kurang upaya yang pekak dan bisu memberitahu Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, dia dipukul oleh bekas isterinya dengan menggunakan penyangkut baju pada lengan serta bahu.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Bazely Mohamed, 28, mendakwa wanita terbabit, Noor Ashiqin Azmi, 26, turut menderanya dan sering menyemburnya dengan penyembur nyamuk.

“Malam itu, saya bergaduh dengan isteri sebab dia mahu mengambil selimut yang ada dengan saya. Saya kata ‘sekejap’, tiba-tiba dia dah ambil penyangkut baju dan terus memukul saya. Dia juga sembur saya dengan Ridsect,” katanya.

Noor Ashiqin berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa dengan menggunakan penyangkut baju plastik di rumah sewa mereka di alamat Flat Hijau, Bandar Baru Kubang Kerian, di sini, pada jam 12 tengah malam, 5 November 2014.

Tertuduh mengaku tidak bersalah ketika kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 8 Disember 2014 dan memohon untuk dibicarakan. Hari ini merupakan hari kedua perbicaraan pada peringkat pendakwaan dengan memanggil mangsa sebagai saksi ketiga yang memberi keterangan.

Prosiding menggunakan khidmat jurubahasa isyarat untuk menterjemahkan soalan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan dan peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman bagi pihak tertuduh.

Mohd Bazely juga menjawab setiap soalan dengan menggunakan bahasa isyarat yang kemudiannya diterjemahkan jurubahasa itu kepada mahkamah.

Ketika disoal Mohd Syahrun berapa kali kejadian pukul itu berlaku dan mangsa memberitahu kejadian pukul tersebut kali pertama berlaku.

“Sebelum ini tidak pernah pukul, tetapi dia selalu pengang penyembur nyamuk dan akan menyembur ke arah saya termasuk ketika saya berada di dalam bilik air,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal balas Mohd Faizal yang mendakwa mangsa pernah mengasari isterinya serta menolak tertuduh hingga keguguran sebelum kejadian pukul itu, Mohd Bazely bagaimanapun menafikannya.

“Adalah tolak sikit, tetapi tidaklah sampai terjatuh dan setahu saya dia tidak pernah mengandung. Tak ada dan saya tidak tahu pun dia mengandung,” katanya.

Mohd Faizal juga mencadangkan, tertuduh menyembur penyembur nyamuk ketika mangsa berada di dalam bilik air bertujuan supaya mangsa cepat keluar dari bilik air dan bukan mahu menderanya, namun perkara itu tidak dipersetujui mangsa kerana dia menggunakan isyarat tutup buka suis lampu jika ada orang yang mahu menggunakan tandas ketika dia menggunakannya.

Mohd Bazely pada perbicaraan itu turut mengaku menghidap penyakit sawan, namun penyakit itu menyerang pada siang hari sebelum berlaku pergaduhan dengan bekas isteri itu.

Perbicaraan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed bersambung 24 November depan.
Sinar Harian

Iskandar: Itu pandangan peribadi ketua Dewan Ulama

30/09/15


Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan hanya pandangan peribadi.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.

“Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS Selangor. Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan negeri Selangor.
“Kami di Selangor telah diarah untuk terus bersama dalam kerajaan,” kata Iskandar yang juga naib presiden PAS kepada Malaysiakini.
ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor.

“Pakatan Harapan adalah strategi politik untuk menghadapi PRU14,” kata Iskandar.
“Negeri Selangor dirampas bersama dari BN oleh PAS, PKR dan DAP bukan Pakatan Harapan,” tegas Iskandar lagi.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahfodz sebagai berkata, PAS akan mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.

“PAS tidak akan ada perhubungan lagi de­ngan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa terdekat.

“Pakatan pembangkang yang baharu masih baharu dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” Mahfodz dipetik sebagai berkata.
Dalam gabungan baru itu, PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (AMANAH), serpihan PAS, sebagai sekutu baru.
Malaysiakini

56 Jamaah Nigeria Turut Terbunuh dalam Tragedi Mina

Korban tragedi Mina (Foto: AP)
Korban tragedi Mina (Foto: AP)
ABUJA – Pemerintah Nigeria pada hari ini telah memastikan bahawa 56 jamaah hajinya meninggal dunia dalam peristiwa mengerikan di Mina, Arab Saudi. Laporan tersebut disampaikan salah seorang ajudan presiden, Garba Shehu.

“Sejak terjadinya tragedi nahas di Mina, Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari, telah memerintahkan Komisi Pelaksanaan Haji Nigeria dan Kedutaan Besar Nigeria di Arab Saudi untuk segera menghimpun maklumat perihal jumlah jamaah kami yang meninggal maupun luka-luka,” demikian pernyataan Garba Shehu, seperti dikutip Pulse.ng, Selasa (29/9/2015).

“Komisi Pelaksanaan Haji Nigeria telah memastikan bahawa sebanyak 56 jamaah haji kami dilaporkan meninggal, sedangkan 61 jamaah lainnya mengalami cedera dan sedang dalam perawatan,” sambungnya.

Shehu menambahkan, Presiden Buhari sangat menyesal dan prihatin atas kejadian mengerikan yang terjadi di Mina ketika para jamaah hajinya hendak melakukan lempar jumrah Aqabah.
“Presiden Buhari menyampaikan duka sedalam-dalamnya bagi para keluarga yang ditinggalkan,” ucap Shehu.

“Kini, ia telah memerintahkan Komisi Pelaksanaan Haji Nigeria untuk berkoordinasi dengan sejumlah organisasi dan agen-agen perjalanan haji untuk segera memberikan laporan pengesahan dan verifikasi tentang status jamaah kita di sana,” lanjutnya.

Sebagaimana diberitakan pada Khamis 24 September, sebuah tragedi mengerikan terjadi di Mina ketika para jamaah haji hendak melakukan lempar jumrah Aqabah. Sebanyak ratusan jamaah haji dilaporkan meninggal akibat berdesak-desakan dan terinjak-injak di Mina.

Hingga kini, otoriti Arab Saudi melaporkan bahawa sebanyak 769 jamaah haji meninggal dunia dalam tragedi Mina. Sedangkan 934 jamaah lainnya cedera.
Okezone.com

Khir Toyo dakwa dianiaya pemimpin UMNO

 | September 29, 2015
Beliau membuat penjelasan mengenai pelbagai isu kontroversi sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor menerusi aktikel 'Di sebalik tirai besi' yang disiarkan di blognya.
Khir-Toyo_rumah_600
PETALING JAYA: Selepas dikekalkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai kontroversi melibatkan dirinya.
Beliau mendakwa, seorang pemimpin UMNO menganiayai dirinya dengan mengupah jurugambar untuk mengambil gambar rumahnya menggunakan helikopter bagi menunjukkan kepada masyarakat kononnya rumah itu sebesar istana.

“Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya,” tulisnya panjang lebar di blognya www.drkhir.com.

Menteri Besar Selangor selama lapan tahun itu menjelaskan, sepanjang perbicaraan pihak pendakwaraya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.

Katanya, secara asasnya unsur rasuah seharusnya dalam keadaan beliau mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni

“Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya.

“Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain
“Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah dua tahun penjara,” katanya.

Beliau berkata, dalam pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya, pendakwaraya tidak memerlukan sebarang bukti terdapatnya keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin.
Dr Khir berkata, apa yang perlu dibuktikan ialah beliau telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi daripada seorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengannya sebagai penjawat awam.

“Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya,” katanya.

Menerusi blognya yang bertajuk “Catatan Di Belakang Tirai Besi” itu juga, Khir turut menyentuh perkara-perkara lain di sepanjang pentadbirannya antaranya mengenai akhbar The Sun, kuil, penyapu dan setinggan.

Menurutnya, sehingga di saat beliau tidak mempunyai kuasa dan jawatan, akhbar The Sun memilih untuk ‘melanyaknya’ berhubung Selangor Maju 2005
“Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

“Saya tidak fikir ia sekadar soal ‘good governance’, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya.

“Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata,” katanya.
Mengulas mengenai isu perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya, beliau berkata keputusan merobohkan itu adalah keputusan Mahkamah dan bukannya keputusan yang dibuatnya mahupun kerajaan negeri.

“Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

Menyentuh mengenai isu penyapu, beliau menyedari sebahagian membencinya kerana memberikan ‘Anugerah Penyapu’ kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor.

“Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati,” ujarnya.
Mengenai isu setinggan semasa pentadbirannya sebagai Menteri Besar Selangor, Dr Khir berkata beliau tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan.

“Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan,” katanya.
FMT

Tuesday, September 29, 2015

Kisah Jemaah Haji Selamatkan Isteri Berkerusi Roda dari Tragedi Mina

29/09/15

Kisah Jemaah Pakistan Selamatkan Istri Berkursi Roda dari Tragedi Mina 
Foto: REUTERS/Ahmad Masood
FOKUS BERITA: Tragedi di Puncak Haji
Riyadh - Jemaah haji asal Pakistan, Alamzeb Khan dan isterinya nyaris terbunuh dalam tragedi Mina. Beruntung, Khan berhasil selamat dan juga sekuat tenaga menyelamatkan  isterinya yang duduk di kerusi roda.

Seperti dilansir Reuters, Selasa (29/9/2015), Khan (48) dan isterinya yang sedang dilanda demam tinggi berada di antara kerumunan jemaah yang terperangkap insiden saling   tolak menolak dan saling pijak di Mina, Khamis (24/9) lalu. Kepada Reuters, Khan menyebut insiden yang dialaminya ini bagaikan 'hari penghakiman'.

"Untuk menyelamatkan diri, beberapa jemaah menginjak jemaah lainnya seperti mereka bukan manusia," tutur Khan.

Menurut Khan, insiden di Mina ini dipicu oleh dua kelompok jemaah yang bertemu di perempatan jalan. Beberapa berasal dari Iran dan beberapa dari Afrika, lanjut Khan, saling tolak hingga memicu tragedi ini.

"Jemaah lanjut usia, wanita dan jemaah yang sakit merupakan yang pertama jatuh. Mereka jatuh dan dipijak oleh jemaah lain," terangnya.

Khan juga jatuh dan lengannya luka-luka, tapi dia berhasil melawan gelombang manusia yang menghimpitnya sambil menarik tangan   isterinya. Kerusi roda sang isteri justru menyelamatkan   isterinya dari terbawa gelombang manusia.

"Saya takut isteri saya didorong jemaah lain, tapi beruntung dia selamat. Saya segera menarik dia keluar dari kerusi roda dan mendorongnya ke tepi. Kemudian kami mulai memanjat pagar besi untuk menyelamatkan nyawa kami," kenang Khan.

"Tidak ada yang membantu jemaah lain. Semua jemaah sibuk menyelamatkan diri masing-masing. Dengan cepat, tubuh manusia saling bertumpuk, bertindan. Mereka yang ada di bawah berteriak kesakitan dan menangis minta tolong tapi tidak ada yang membantu," imbuhnya.

Setelah berhasil memanjat pagar, Khan dan isterinya pergi ke rumah sakit setempat, namun rumah sakit itu dipenuhi korban yang meninggal. Bahkan menurut Khan, beberapa jasad korban dibiarkan tergeletak di lantai selama beberapa jam.
detikNews

Sakit hati ditangkap, lelaki siram polis dengan 1 liter air kencing

29/09/15

Sebal ditangkap, pria AS guyur polisi pakai 1 liter air kencing

Alfonsa J. Loftin. ©2015 Merdeka.com
 Alfonsa J. Loftin nekat berjumpa polis  untuk bertanya keterlibatannya pada satu kes  jenayah. Warga West Palm Beach, Amerika Syarikat, itu menyiram seorang  anggota polis yang hendak memasuki rumahnya dengan 1 liter air kencing.

Palm beach post melaporkan, lelaki 40 tahun itu sebal setelah polis  minggu lalu ke rumahnya untuk menangkapnya.
Anggota polis  sebelumnya sudah kerap mampir menginterogasinya untuk kes yang tidak dijelaskan secara detail.

Polis yang kena air seni itu adalah wakil sherif setempat yang berusaha mengetuk pintu rumah Loftin. Basah oleh air berbau hancing, sang wakil sherif segera memanggil bala bantuan.

Satu pelaton polis  pun mengepung rumah Loftin. Lelaki bongsor itu bertahan di dapur setelah mengganjal pintu memakai papan kayu.

Tapi perlawanannya   berakhir jugak. Sekian detik, polis  dibantu dua anjing K-9 serta pistol elektrik melumpuhkannya. Setelah digari pun, dia masih berusaha menyiram lebih banyak polis  dengan botol 1 liter lainnya juga berisi air kencing. Residivis kejahatan kelas teri itu sekarang mendekam di penjara. Perbicaraan si penyiram air kencing itu dimulai kelmarin (28/9).

Kes ini tak berakhir sampai di situ saja. Loftin ditangkap dengan pelanggaran kesalahan berlapis. Bukan cuma melawan petugas tapi juga menyerang polis dengan bahan berbahaya.

"Air seni yang mengandung amoniak dapat memicu gangguan pernafasan serta mencederakan kulit," seperti disampaikan Polis Palm Beach dalam keterangan tertulis
Merdeka.com

Reezal bidas menteri ‘melompat’ yang tuduhnya tidak ikut protokol

 | September 29, 2015
Keputusan memanggil Duta China ke Wisma Putra dipersetujui Menteri Luar selepas berbincang dengan Perdana Menteri.
Reezal-Merican_Huang-Huikang_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membidas pihak yang mendakwa beliau tidak mengikut protokol apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ke Wisma Putra.

Timbalan Menteri Luar itu berkata, tindakannya memanggil Duta Besar China adalah amalah biasa yang dibuat mengikut protokol selepas mendapat persetujuan Menteri dan Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu menjadi ‘luar biasa’ dan dianggap tidak ‘berprotokol’ apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang ‘melompat’ dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.

“Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk memanggil Duta China dibuat oleh Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada Menteri Luar selepas berbincang dengan Perdana Menteri.

“Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri.
“Adalah malang dan tidak benar sama sekali untuk membuat andaian bahawa saya sebagai Timbalan Menteri telah membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Reezal Merican berkata, beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk menyelesaikan sesuatu isu secara baik.
“Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai,” katanya.
FMT

Pose istimewa ayam mandi

Selasa, 29 September 2015
Foto ayam berpose saat mandi hebohkan netizen di media sosial (Foto: Mirror)
(Foto: Mirror)
SEORANG netizen mengunggah sekeping foto unik dan menghibur. foto tersebut menunjukan seekor ayam sedang berpose dan menikmati sesi berendam di sebuah baskom berisi air.

“Ini tidak mungkin. Ya Tuhan, benar-benar lucu,” ujar seorang netizen bernama Reddit, ketika menuliskan keterangan foto unggahannya di media sosial, seperti dilansir Mirror, Selasa (29/9/2015).

Ulah ayam yang terlihat benar-benar santai tersebut telah membuat kegembiraan dan kehebohan yang sangat luar biasa dari pengguna internet lainnya. Mereka pun diketahui ramai-ramai memberikan komentar di unggahan foto Reddit.
“Ayam yang sangat keren sekali. Saya ingin tertawa melihatnya,” komentar salah seorang netizen bernama Sammy.

“Apa itu sungguh-sungguh terjadi? Ayam itu sangat menghebohkan,” lanjut netizen bernama Sparagmos.

Dalam foto tersebut terdapat dua ayam yang terlihat tengah berendam di baskom berisi air. Salah satunya bertingkah seperti layaknya seekor ayam biasa. Namun yang satunya lagi benar-benar mengundang gelak tawa dengan tingkah aneh, karena terlihat seperti sedang berpose.
Okezone.com

Khir Toyo dihukum 12 bulan penjara

29/09/15


Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman setahun penjara ke atas bekas menteri besar Selangor Dr Khir Toyo selepas menolak rayuannya berhubung sabitan kes rasuah minggu lalu.

Mahkamah itu juga menolak tawaran doktor gigi berusia 50 tahun itu untuk melakukan khidmat masyarakat dengan menawarkan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin sebagai ganti kepada hukuman penjara.

"Dalam analisis akhir, hukuman itu sepatutnya mencerminkan keseriusan kesalahan itu," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Hakim Zulkefli berkata peguam Khir Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah berhujah bahawa hukuman penjara perlu menjadi pilihan terakhir kerana anak guamnya merupakan pesalah kali pertama dan tiada keganasan terlibat.

Katanya, apa yang penting adalah kepentingan awam dan ia (hukuman itu) tidak boleh diubah jika ia tidak menyalahi undang-undang.
Hakim Zulkefli berkata khidmat masyarakat adalah tidak mencukupi kerana ia adalah untuk pesalah muda dan kesalahan ringan.

"Khidmat masyarakat tidak terpakai. Tindakannya (Khir) telah menyebabkan gangguan keyakinan terhadap penjawat awam," katanya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mohamad Khir dihantar ke penjara Kajang.

Pada 22 September, panel itu menolak rayuan akhir Dr Mohamad Khir dan mengekalkan sabitan terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Dis 2004.

Bekas ADUN Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dr Mohamad Khir, 50, yang berada dalam keadaan berdiri dalam kandang tertuduh, kelihatan tenang semasa mahkamah menjatuhkan hukuman itu.
Mahkamah penuh sesak dengan anggota keluarga, orang ramai dan wakil media. Isteri beliau Zahrah, 50, turut hadir.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Hakim Datuk Ramly Ali.

Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.
Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Dr Mohamad Khir diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani mewakili pihak pendakwa raya.
Malaysiakini

PM Menangis di Pejabat Facebook

29 September 2015
PM India, Narendra Modi (Foto: Reuters)
PM India, Narendra Modi (Foto: Reuters)
CALIFORNIA – Perdana Menteri India Narendra Modi telah selesai melakukan kunjungannya ke Silicon Valley, Amerika Syarikat, untuk bertemu   para pegawai tinggi perusahaan IT. Dalam kunjungannya tersebut, Perdana Menteri berusia 65 tahun ini berhasil menandatangani perjanjian dengan Google untuk menyediakan jaringan internet nirkabel (WiFi) percuma di 100 stesyen kereta api di India.

Pada Ahad 27 September kelmarin Modi mengunjungi pejabat Facebook. Dalam sesi soal jawab dengan bos Facebook Mark Zuckerberg, lulusan Universiti Delhi ini seperti sukar berkata-kata.

“Ketika saya kecil, ibu saya bekerja sebagai pembantu di rumah tetangga kami. Banyak ibu di luar sana mengorbankan hidupnya demi mimpi anak-anaknya,” ujar Modi sambil menitikkan air mata seperti dilaporkan Washington Post Isnin (28/9/2015) waktu setempat.

“Seorang ibu tak pernah peduli akan menjadi apa anaknya di masa depan. Tapi mereka peduli akan menjadi siapa anaknya di masa depan,” lanjut Modi lagi.

Keluarga menjadi topik yang sangat sensitif bagi Modi. Dia sudah meninggalkan keluarganya di usia yang masih muda untuk membaktikan dirinya bagi kelompok Nasionalis Hindu di India. Lelaki berasal dari Vadnagar ini juga hidup terpisah dengan isteri yang dia nikahi sejak umur 18 tahun.
Okezone.com

Kit Siang tak sedar kepelbagaian kelajuan internet: Dr Salleh Said Keruak



Lim Kit Siang
Kit Siang
KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang veteran, Lim Kit Siang mungkin tidak sedar tentang pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia apabila beliau merungut tentang internet yang perlahan di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  
Di Malaysia, seseorang itu malah boleh memilih kadar 20 megabit sesaat (Mbps) jika mereka mahukan perkhidmatan Internet kelajuan lebih tinggi, kata Salleh, ketika menyangkal dakwaan Anggota Parlimen Gelang daripada DAP itu bahawa beliau tidak prihatin dengan kelajuan Internet Malaysia yang lemah.
  
"Sebenarnya terdapat pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia namun begitu kira-kira 71 peratus daripada pengguna Internet Malaysia lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps sehingga 1 Mbps," katanya dalam posting terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.my di sini malam ini.   

Bagaimanapun, Salleh berkata meskipun kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi boleh didapati, namun majoriti pelanggan akan melanggan pakej lebih murah, justeru lebih perlahan.
  
Mengambil maklum bahawa beberapa negara termasuk Singapura dan Thailand mempunyai pelbagai kelajuan Internet sehingga 5Mbps, Salleh berkata Malaysia juga boleh meningkatkan kelajuan internet ke tahap yang sama, sekali gus menjadikan rakyat Malaysia membeli pakej kelajuan lebih tinggi.

"Tetapi itu bermakna kos akan turut menjadi lebih tinggi dan penggunaan Internet akan dinikmati hanya oleh mereka yang mampu membayarnya.
  
"Jadi kesudahannya ia berbalik kepada soal kemampuan dan Malaysia menawarkan Internet yang mampu dibayar oleh mereka yang mahu memanfaatkannya manakala Internet berkelajuan lebih tinggi pula kepada golongan yang pada mereka wang bukanlah satu masalah," katanya.
  
Sambil membidas Lim kerana hanya bercakap tentang kelajuan, Salleh berkata tumpuan Malaysia adalah kelajuan, liputan dan kemampuan.
  
"Kami mahu memastikan bahawa pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet. Kami juga mahu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar dan 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar 100 Mbps," katanya.
  
Semalam, dengan mengambil kesempatan daripada laporan berita berhubung kedudukan Malaysia yang lemah dari segi kelajuan Internet, Lim dilaporkan menyindir Salleh dan kecenderungan beliau menulis dalam blog untuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan memberi tumpuan kepada infrastruktur Internet Malaysia. - Bernama

Penampilan ekstrem para penggila tatoo

 29/09/15

Para seniman penggila tato ini berpenampilan seram.©2015 REUTERS/Guillermo Granja
Seniman tato Meksiko, Emilio Gonzalez menunjukkan lukisan tato dan tindikkan di tubuhnya selama acara Quito Tattoo Convention di Quito, Ekuador (27/9).
 
 Para seniman penggila tato ini tampil seram dengan tato-tato di wajah, tangan, lidah sampai mata mereka serta tindikan-tindikan ekstrem di tubuhnya.

Tindakan Reezal langgar protokol, boleh jejaskan hubungan Malaysia-China

 | September 29, 2015
Kerajaan Malaysia dijangka menyelesaikan isu Duta China secara baik tanpa melibatkan tindakan persona non grata.
malaysia-china
PETALING JAYA : Tindakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang melanggar protokol dengan memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang boleh menjejaskan hubungan antara dua negara.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, Reezal telah melanggar prosedur dengan memanggil Duta China yang tidak setaraf dengannya.

Katanya, taraf seseorang duta adalah sama dengan jawatan menteri.
Oleh kerana itu, katanya, hanya Menteri Luar dan Pemangku Menteri sahaja yang layak memanggil Duta China jika mahu mendapatkan penjelasan.
“Kena ikut level (taraf). Kalau Reezal Merican nak panggil atas kapasiti dia (Timbalan Menteri), itu telah melanggar protokol. Jika kita salah prosedur, tak ikut protokol antara negara, ia boleh menjejaskan hubungan sebenarnya.
>
“Kalau level menteri atau pemangku (memanggi Duta China) itu sesuai kerana status menteri. Pangkat duta setaraf dengan menteri,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Tambah Aizuddin, sekiranya penjelasan yang dibuat oleh Huang tidak menyakinkan kerajaan Malaysia, tindakan Persona Non Grata (usir keluar daripada Malaysia) boleh dikenakan terhadapnya.

“Tapi kesannya agak besar. Kalau dikenakan Persona Non Grata ini kepada Duta China, ia secara automatik akan menjejaskan hubungan antara China-Malaysia. Itu satu risiko kalau Malaysia nak ambil.
“Tapi dalam konteks ini, saya fikir mereka (kerajaan) akan senyapkan.. mungkin bincang ambil jalan pemutus atau saya rasa mereka akan selesaikan begitu sahaja tak berlanjutan sampai tindakan Persona Non Grata diambil oleh pihak Malaysia,” katanya.

Media melaporkan Reezal Merican memanggil Huang ke Wisma Putra selepas mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai campurtangan negara asing ketika melakukan lawatan di Petaling street baru-baru ini.

Bagaimanapun, Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telah membatalkan arahan memanggil Huang yang telah dibuat oleh Reezal.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berada di New York kerana mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
 FMT

Mekanik didakwa bersubahat bunuh Kevin Morais


kes mahkamah
PETALING JAYA - Seorang  mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebentar tadi atas tuduhan bersubahat membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan dari A Murugan, 44.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah No 20, Desa Mentari dekat sini antara 9.30 pagi hingga 8 malam pada 4 September.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama G Gunasekaran, S Nirmalan, S Ravi Chandran, A Thinesh Kumar, M Vishwaran dan R Danishwaran.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff mengikut Seksyen  109 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 26 November untuk sebutan semula bagi laporan patalogi.

Kevin ,55, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama 10 tahun.

Beliau dilaporkan hilang pada 4 September lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Pada 16 September, mayat Kevin ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, selepas 13 hari kehilangannya dilaporkan.
Sinar Harian

Khairuddin: Sosma disalah guna untuk tahan saya

28/09/15


Peguam yang mewakili bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Khairuddin, 53, menamakan Superintenden Habibi Majinji, ketua polis daerah Dang Wangi, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Anggota Umno itu, yang membuat aduan berhubung 1MDB di Switzerland, France, United Kingdom, Singapura dan Hong Kong, mahu dibebaskan serta merta daripada tahanan bawa seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Khairuddin berkata notis penahanan beliau bercanggah dengan peruntukan untuk menahan beliau bawah Sosma 2012.

"Penahanan saya menggunakan Sosma adalah penyalahgunaan undang-undang kerana saya tidak terlibat dalam aktiviti keganasan," katanya.
Beliau berkata perkara itu berniat jahat dan justifikasinya adalah yang difikirkan kemudian oleh responden.

Permohonan itu difailkan oleh firma guaman Rafique.
Khairuddin ketika itu diitahan selama 28 hari bawah Sosma kerana didakwa mensabotaj negara, kesalahan bawah 124K dan 124L Kanun Keseksaan.
Beliau pada mulanya ditangkap di bawah seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen
Malaysiakini

Monday, September 28, 2015

Pulang menunaikan haji, kapal ditumpangi Presiden Maladewa meletup

28/09/15

Pulang berhaji, kapal ditumpangi Presiden Maladewa meledak .
 ©2015 Merdeka.com

 Presiden Maladewa Abdulla Yameen selamat dari insiden ledakan di kapal cepat (speedboat) yang dia tumpangi, hari ini, Isnin  28/9/15. Dia menaiki kapal itu sepulang dari menunaikan ibadah haji di Makkah.

Jurucakap Kabinet Maladewa, Mohamed Shareef mengatakan presiden tidak mengalami luka. Namun wanita pertama, Fathimath Ibrahim cedera ringan. Dua penumpang lainnya, yakni ajudan presiden serta pegawai keselamatan, ikut cedera.

"Kami masih belum mendapat informasi apakah ledakan ini kerana bom atau injin kapal," kata Shareef seperti dilansir Majalah TIME.
Setibanya di bandar udara Maladewa, Presiden Yameen menggunakan speedboat khusus menuju ke pejabatnya di ibu kota Male yang berada di pulau utama. Ketika kapal sudah mendekat dermaga, mendadak terdengar ledakan dari sisi bawah.
"Kapal bahagian bawah terlontar hingga dermaga, asap mengepul di mana-mana," kata Ahmed Hahmdoon, wartawan Maladewa yang ikut dalam rombongan presiden.
Lelaki 56 tahun itu dikenal punya beberapa musuh politik. Rival utamanya adalah Bekas Presiden Mohamed Nasheed yang dia kalahkan dalam pemilu 2013.

Pada Februari lalu, Nasheed dipenjara oleh pemerintah Maladewa dengan tuduhan mendalangi terorisme. Pemenjaraan itu dikecam komuniti internasional kerana dianggap mengada-ada.

Polis  Maladewa kini terus menyiasat ledakan tersebut. Yameen diketahui menemani isterinya di Rumah Sakit Pusat Male.
Maladewa adalah negara kepulauan di tengah Samudera Hindi . Insiden ini mencoreng citra Maladewa sebagai syurga pelancungan.
Merdeka.com

Pemerintah Iran Desak PBB Siasat Tragedi Mina

28 September 2015
Perjalanan jamaah haji di Mina menuju Jamarat (Foto: BBC)
Perjalanan jamaah haji di Mina menuju Jamarat (Foto: BBC)
NEW YORK – Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu    (PBB) akhirnya diminta turun tangan untuk menyiasat peristiwa Tragedi Mina. Permintaan itu disampaikan oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani yang terus meminta otoriti Saudi dipertanggung jawabkan .

Presiden Rouhani meminta PBB melakukan penyiasatan terhadap tragedi yang telah meragut nyawa 769 orang itu.

Ketika berpidato pada Sidang Majlis Umum PBB di New York, Rouhani mengatakan, tragedi yang juga menyebabkan 934 jamaah cedera itu merupakan sebuah peristiwa yang sangat menggores hati. Oleh kerana itu, ia menekankan perlunya dilakukan penyelidikan terhadap penyebab kejadian tersebut dan kejadian serupa lainnya yang terjadi pada musim haji 2015.

Pernyataan Rouhani pun mendapat tanggapan dari Menteri Luar Negeri  Arab Saudi, Adel al Jubeir. Menlu Jubeir justru menuduh Iran telah bermain politik dalam Tragedi Mina.

“Saya percaya bahwa rakyat Iran harusnya tahu mana yang lebih baik, daripada bermain politik dengan tragedi yang menimpa orang-orang yang sedang melakukan ritual suci agama mereka,” tegas Menlu Jubeir, seperti dilansir dari BBC, Isnin (28/9/2015).

Iran telah berulang kali menyatakan kemarahannya atas kejadian yang menyebabkan lebih dari 130 jamaah hajinya menjadi korban Tragedi Mina. Beberapa pengamat politik menilai, kemarahan Iran juga memiliki motivasi politik, salah satunya adalah rivaliti  dengan Arab Saudi soal pengaruh regional masing-masing negara.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, telah menyalahkan Pemerintah Arab Saudi dalam tragedi nahas itu dan menuntut Arab Saudi untuk meminta maaf dan bertanggung jawab

Lubang Runtuhan Seluas Padang Bola Terjadi di Kawasan Perkemahan

'Image Credits: Kieren Hudson'
28/09/15
Para pelancong yang sedang berlibur langsung dievakuasi ketika lubang runtuhan atau sinkhole berdiameter lebih dari 150 meter terjadi di pusat perkemahan terkenal di Inskip Point, Queensland.
Fenomena alam berupa lubang runtuhan atau sinkhole berukuran lebih luas dari  padang bolasepak  di Inskip Point terjadi Ahad sekitar tengah malam (27/9).
Sebuah kereta, karavan dan trailer kemping dan khemah ikut tertelan lubang runtuhan itu dengan seketika.
Layanan Taman dan Satwa Liar Queensland (QPWS) mengatakan sinkhole seluas 150 meter itu memiliki kedalaman sekitar tiga meter dan memakan sebahagian besar dari perkemahan MV Beagle.
Salah satu warga yang sedang berlibur di kawasan itu, Casey Hughes, mengaku dirinya mendengar suara seperti guruh besar ketika lubang turunan itu terjadi.
Rakan kempingnya Sylvia Murray mengaku takjub melihat terjadinya peristiwa alam tersebut.
"Orang-orang yang sedang berkemping disana umumnya berada didalam kenderaan mereka yang diparkir dipinggiran lokasi lubang runtuhan atau sinkhole itu, mereka semua terburu-buru berusaha keluar dari kenderaan mereka,”katanya.
Sementara saksi   lain mengaku mereka hanya berjarak 200 meter dari lokasi lubang runtuhan dan mendengar suara bising seperti taufan.
Mereka segera melarikan diri begitu menyedari   pasir yang mereka pijak dengan cepat menghilang masuk ke laut dengan kecepatan yang luar biasa.
Salah seorang wanita berlari sambil menjerit-jerit dan menggedor-gedor kenderaan yang terparkir disana menyuruh penghuninya keluar,”
QPWS mengatakan sekitar 140 orang telah dievakuasi dari lokasi kejadian.
Polis  dan kru SAR dengan cepat tiba di lokasi menolong mereka dan meminta warga segera meninggalkan lokasi itu.
Datuk Bandar Gympie, Mick Curran mengatakan lubang runtuhan yang terjadi di dekat Fraser Island tidak menimbulkan korban dan ancaman bagi para pelancong yang  sedangberlibur di kawasan pelancungan itu.
"Kerana ketika ini sedang cuti sekolah maka tentu saja ada ramai orang yang berlibur dikawasan pantai tersebut,”
"Untungnya sejauh ini, semua pelancong selamat dan tidak ada korban,”
Polis  hutan Senior, Dan Clifton mengatakan ada kemungkinan lubang runtuhan itu akan bertambah besar.
"Ada kemungkinan lubang itu dapat meluas kerana gelombang ombak laut, jadi masyarakat harus menghindari kawasan itu,” kata Clifton.
"Polis hutan dan polis  telah membangung penghalang dan banner peringatan untuk diwaspadai oleh para pengunjung pantai mengenai ancaman bahaya di kawasan itu,”
Pihak QPWS juga mengatakan mereka akan terus memantau perkembangan situasi dikawasan itu dan akan meminta pakar geoteknik untuk menyediakan penilaian terhadap kondisi dikawasan itu.
Sinkhole   adalah lubang yang terjadi di kerak bumi, fenomena alam ini dapat muncul secara tiba-tiba maupun terjadi secara perlahan.
Lubang runtuhan biasanya disebabkan   hilangnya lapisan bantalan batuan yang berada di bawah tanah yang pada umumnya terjadi kerana pengikisan air tanah.
Lubang ini memiliki ukuran yang bervariasi. Ada yang hanya berdiameter satu meter, namun ada pula yang sampai mencapai ratusan meter. Kedalaman sinkhole ini juga bervariasi, tergantung dari jenis tanah dan batuan di atasnya.

Tumpu lambakan warga China daripada sibuk isu dalaman Malaysia – Perkasa

 | September 28, 2015
Perkasa mendakwa semakin ramai warga China terlibat dalam aktiviti haram seperti pelacuran, rumah urut serta perjudian.
Hassan-Basri-Muhammad_huang-huikang_600
PETALING JAYA: Duta China Ke Malaysia , Dr Huang Huikang disaran memberi fokus kepada lambakan wanita warga China di negara ini yang menjadi antara penyumbang masalah sosial.

Ketua Penerangan Perkasa Malaysia, Hassan Basri Muhammad berkata, ia lebih baik berbanding sibuk mencampuri hal ehwal dalaman negara ini khususnya melibatkan isu Petaling Street.

Ini kerana, katanya, semakin ramai warga China yang datang ke negara ini terlibat dalam aktiviti haram seperti pelacuran, rumah urut serta perjudian.
“Seharusnya Dr Huang Huikang tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal dalaman negara,” katanya menerusi kenyataan media.

Hassan Basri berkata, tuduhan Huang yang menunjukkan seolah-olah kerajaan Malaysia menindas dan tidak berlaku adil kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina adalah sangat biadap.

Katanya, layanan kaum Cina di Malaysia tidak seperti yang digambarkan oleh Huang.
“Kaum Cina di Malaysia sangat beruntung tanpa diskriminasi dan diberi jaminan hak bersama dalam sebuah masyarakat majmuk seperti pendidikan, politik, sosial, ekonomi, kesihatan dan sebagainya.

“Sebagai contoh dalam penguasaan ekonomi dibuktikan bahawa jumlah majoriti jutawan di Malayaia dikuasai oleh kaum Cina,” katanya.
Katanya, Perkasa turut menyokong dan meminta ketegasan Wisma Putra untuk memberi peringatan kepada Huang supaya tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara ini.

Dia juga menggesa Huang meminta maaf kerana kebiadapan mencampuri urusan dalaman negara ini.
 FMT

Tunggang Kura-Kura, Wanita Ini Terancam Dipenjara 5 Tahun

27 September 2015 
Stephanie Marie Moore terancam dibui lima tahun karena menunggangi kura-kura. (Foto: Facebook)
Stephanie Marie Moore terancam dipenjara lima tahun  . (Foto: Facebook)
FLORIDA – Seorang wanita terpaksa berurusan dengan pihak  polis  setelah fotonya yang sedang menunggangi kura-kura laut tersebar di media sosial.

Foto yang diambil pada Julai 2015 itu memperlihatkan Stephanie Marie Moore sedang menunggangi kura-kura laut di sebuah pantai. Gambar yang tersebar di media sosial itu menyebabkan pihak  polis  dan sebuah kelompok perlindungan hewan di Florida, Amerika Syarikat  mengadakan penyiasatan atas tindakan yang dikategorikan sebagai penyiksaan terhadap binatang itu.

Moore akhirnya ditahan Sabtu lalu, setelah seorang polis  yang menrespon panggilan mengenai gangguan rumah, mengenali wajahnya dari foto. Dia pun ditangkap dengan wang jaminan sebanyakr 2,000 dollar.

Laporan yang dilansir dari Daily Mail,  27/9/2015  mengungkapkan bahawa hukuman atas kejahatan yang dilakukan Moore berpotensi mendapatkan hukuman berat di Florida. Jika terbukti bersalah, wanita berusia 20 tahun itu akan dijatuhi hukuman maksima  lima tahun penjara dan denda  .

Kura-kura laut yang ditunggangi Moore merupakan spesies yang dilindungi Undang-undang di Florida. Jumlah makhluk amfibia itu semakin berkurang akibat pengambilan organ ilegal yang marak dan polusi yang meningkat.
Okezone.com

NGO mahu Najib sumpah laknat isu derma RM2.6b

27/09/15

Sebuah NGO baru mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah laknat berkaitan sejumlah RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Pengasas dan presiden NGO Kuasa Suara Rakyat (KSR) Umi Hafilda Ali berkata Najib sepatutnya bersumpah bahawa RM2.6 bilion yang disumbangkan oleh seorang penderma dari Timur Tengah yang kaya dan setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk kepentingan negara dan rakyat.

"Sebagaimana perdana menteri begitu berani bersumpah laknat dengan menafikan sekeras-kerasnya kaitan beliau dengan (si mati) Altantuya (Shaariibuu), kami juga yakin dan percaya perdana menteri kami, Najib Razak berani bersumpah laknat di Masjid Putrajaya selepas solat Jumaat bagi menghilangkan keraguan rakyat dan pihak musuh.

"Kami menanti saat kejujuran perdana menteri untuk melakukannya demi rakyat tercinta yang dengan rela telah memberi mandat kepadanya dalam pilihan raya lepas," katanya, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Umi turut mengumumkan bahawa NGO itu akan mengadakan solat hajat di Putrajaya pada akhir Oktober ini.

Menurutnya lagi, ia bakal dihadiri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama lebih 50,000 hadirin.
Pihaknya juga berhasrat untuk menyampaikan memorandum kepada Najib, tambahnya lagi.
Malaysiakini

Sunday, September 27, 2015

Untuk mendapat berkat, senator AS mencuri gelas diminum Pope Fransiskus

27/09/15

Ngalap berkah, senator AS mencuri gelas diminum Paus Fransiskus

. ©2015 Merdeka.com
  Ada-ada saja usaha pemeluk agama untuk mendapatkan sokongan spiritual dari sosok rohaniwan panutan. Dalam tradisi nusantara, kita mengenalnya sebagai ngalap berkah. Misalnya peserta pengajian habib atau kyai karismatis yang berebut meminum kopi bekas sang pemimpin spiritualnya.

Politikus senior Amerika Syarikat ternyata berlaku demikian. Senator Amerika Syarikat, Bob Brady, dua hari lalu setelah ikut menonton pidato Pope Fransiskus di Bangunan Kongres, mengendap-ngendap ke ruang transit yang ditempati Sri Pope.

Brady, seorang Katholik taat mewakili penduduk Philadelphia, bertanya pada satuan pengamanan, gelas mana yang tadi dipakai minum oleh Pope Fransiskus. Dia pun secara terbuka mengakui mengambil gelas ini tanpa izin.

"Berapa banyak cuba orang di dunia ini yang minum dari gelas yang sama dengan Pope," ujarnya seperti dilansir Philadelphia Daily News,Ahad  (27/9).
Tak malu-malu, Brady mengajak isterinya Debra, bersama dua staf ahlinya untuk ikut minum air bekas Pope. Setelah berhasil mencuri gelas itu, politikus Parti Demokrat ini mempamerkannya pada kolega di partinya Bob Casey, yang juga seorang Katholik taat.

Sama seperti Brady, Casey pun berusaha 'ngalap berkah' dengan minum air bekas Pope. Gelas curian itu, kata Brady, tidak akan dia buang. "Saya akan menyimpannya untuk anak cucu saya. Gelas ini akan saya pakai setiap komuni ataupun upacara baptis," akunya.

Dalam lawatan tiga hari ke AS, Paus Fransiskus meminta pemerintah negeri adi daya itu berbuat lebih untuk menampung imigran dari negara yang mengalami konflik. Dia pun berharap para senator di Kongres dapat melakukan kerja nyata, menghasilkan undang-undang yang boleh menghentikan pemanasan global.
 Merdeka.com

Suka menggoda isteri anak buahnya, komandan ISIS dipenggal

27/09/15

Suka menggoda istri anak buahnya, komandan ISIS dipenggal

Salah satu aksi pemenggalan keji oleh ISIS. ©2015 Merdeka.com
Komandan Negara Islam Irak dan Syam (ISIS) dipenggal anak buahnya sendiri di Daerah Sharqat, Wilayah Salah al-Din, di sebelah utara Irak. Pegawai tinggi yang tak diungkap identitinya itu disebut-sebut menggoda isteri anak buahnya.

Pelaku pemenggalan, oleh sumber yang bicara pada Iraqi News, berusia 28 tahun. Dia jengkel melihat atasannya mendatangi rumahnya, mengajak bicara isterinya bahkan disebut-sebut menggodanya untuk berbuat mesum, ketika si anak buah berada di garis depan.

"Anggota pasukan tempur itu melabrak sang komandan, lalu memenggal atasannya itu setelah berkelahi," kata sumber tersebut, seperti dilansir the Daily Star, Ahad(27/9)

Setelah membunuh komandannya, anggota ISIS ini lari. Tidak jelas apakah dia membawa serta anak isterinya. Organisasi militan khilafah telah memerintahkan penangkapan pelaku. Kematian  komandan ISIS di Daerah Sharqat membuat gerak organisasi limbung. Ini adalah daerah strategik bagi para militan sejak Jun  2014 untuk memasuki logistik ke seluruh  Irak.

ISIS dikenal kerap melakukan  keganasan seksual kepada wanita di wilayah yang mereka kuasai. Kendati begitu, jumlah anggota perempuan yang bergabung tetap ramai. Setahun terakhir, dari negara-negara Barat saja, diperkirakan 600 wanita berangkat berperang mendukung panji khilafah.
Merdeka.com