Langkah kerajaan negeri membunuh anjing jalanan untuk membasmi wabak anjing jalanan atau rabies mendapat bantahan NGO.
GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyelar dua pertubuhan bukan
kerajaan (NGO), Save Our Strays (SOS) Penang dan NGO luar negara,
Mission Rabies yang mendakwa kerajaan negeri tidak memberi sebarang
respon terhadap usaha membasmi wabak penyakit anjing gila atau rabies.
Beliau menyifatkan perkara itu sebagai tidak benar kerana kerajaan
negeri telah mengadakan perjumpaan bersama pengasas SOS, April Sham pada
Ahad lepas, selain mengadakan persidangan televideo dengan wakil
Perkhidmatan Veterinari Sedunia (WVS) bagi membincangkan penyelesaian
terbaik bagi mengatasi wabak itu.
“Saya kesal dengan kenyataan Mission Rabies kerana mereka merupakan
badan antarabangsa dan tidak harus mengeluarkan kenyataan tidak benar,”
katanya pada sidang media pada Selasa.
Langkah membunuh anjing-anjing jalanan di Pulau Pinang diumumkan Guan Eng pada Khamis lepas bagi mengawal merebaknya rabies.
Tindakan itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa NGO yang turut
berhimpun di depan pejabat kerajaan negeri di KOMTAR pada Jumaat lalu.
Sebuah NGO Stop Killing, Start Vaccinating menyeru kerajaan negeri
supaya menghentikan aktiviti pelupusan anjing jalanan di sekitar Pulau
Pinang yang dianggap kejam.
“Kes ini bukanlah isu politik yang akan menaikkan populariti saya,
tetapi ia merupakan kes yang perlu ditangani dengan lebih serius kerana
ia melibatkan nyawa manusia, ” katanya.
Guan Eng berharap agar NGO terbabit tidak terlalu emosi kerana
kerajaan negeri hanya menjalankan tanggungjawab demi menjaga kepentingan
dan kesejahteraan orang awam.

YB minta ngo2 tsb supaya mengerahkan ahli2 mrk utk membantu menangkap dan menyuntik anjing2 tsb. biar mrk tahu mcm mana susah dan bahaya menangkap anjing liar.
ReplyDelete