06/10/15
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menuntut bekas presiden
MCA, Tun Ling Liong Sik menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya
yang didakwa berunsur fitnah mengenai perdana menteri baru-baru ini.
Surat tuntutan itu, yang disahkan oleh sumber keluarga Ling, telah dihantar kepada bekas menteri pusat itu.
Surat tuntutan itu menuntut penarikan balik, permohonan maaf serta ganti rugi berikutan artikel di dalam The Malay Mail Online bertajuk
'MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting
people's money in his own pocket' yang disiarkan pada 3 Oktober.
Dalam
surat itu, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Ling
mempunyai tujuh hari untuk menjawab tuntutan itu atau menghadapi
tindakan undang-undang kerana didakwa mencemarkan reputasi perdana
menteri.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment