09/10/15
Selepas seorang lagi ditahan Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam isu berkaitan 1MDB, Tun Dr
Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan kerasnya.
“Di
mata dunia, Malaysia sudah menjadi negara paria, negara yang sesiapa
sahaja boleh diheret dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa
melalui undang-undang yang disalah guna dalam negara ini,” tulis beliau
di blognya.
Mahathir membangkitkan penahanan bekas pemimpin akar
umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaru peguamnya
Matthias Chang bawah Sosma.
Mereka dikaitkan dengan dakwaan cuba
mensabotaj negara ini selepas Khairuddin membuat laporan berkaitan isu
1MDB di luar negara, termasuk biro siasatan persekutuan (FBI) Amerika
Syarikat.
Katanya, ramai orang yang tahu berkaitan dakwaan salah laku dalam kes 1MDB tidak akan tampil kerana bimbang ditahan bawah Sosma
No comments:
Post a Comment