Monday, October 5, 2015

Zahid kritik cara Indonesia tangani jerebu

 | October 4, 2015
Tempoh tiga tahun yang dijanjikan Presiden Jokowi untuk atasinya terlalu lama
Zahid_indonesia_600
KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik usaha Presiden Indonesia, Jokowi Widodo untuk lakukan penguatkuasaan dan transformasi ke atas isu jerebu yang akan dibuat dalam tempoh tiga tahun.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ia memakan masa yang terlalu lama.

“Malaysia mengalu-alukan langkah ini namun tiga tahun mungkin terlalu lama kerana setiap kali pembakaran terbuka dilakukan oleh pekebun-pekebun di negara berkenaan seolah-seolah tidak melakukan apa2 usaha untuk mendapatkan kerjasama daripada negara berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai langkah untuk menangani isu yang semakin rumit itu, beliau berkata, kerajaan bersedia untuk menggunakan teknologi negara jiran bagi menangani masalah jerebu di negara ini.

Katanya, Malaysia perlu terbuka menerima ‘advance composite technology’ yang mampu mengukur kadar dan juga habuk halus dalam jerebu.
“Saya fikir boleh gunakan peralatan yang terkini negara jiran.
“Kita boleh guna piawaian yang ada pada negara jiran untuk jadikan panduan dan saya tidak fikir kita punyai ukuran yang berbeza kerana hanya dipisahkan sempadan sebuah selat.

“Maka tidak salah dan jangan ego kalau kita gunakan teknologi orang lain untuk kebaikan rakyat kita,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan program U-Turn di TV Al-Hijrah pada Ahad.
FMT

No comments:

Post a Comment