Sunday, November 29, 2015

Tian Chua mohon maaf kepada rakyat Sabah

 | November 29, 2015
Permohonan maaf itu dibuat kerana dia tidak dapat bersama-sama rakyat Sabah dan Sarawak pada PRU akan datang
tian-chua,sabah-sarawak
SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memohon maaf kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana tidak dapat bersama-sama mereka berjuang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Permohonan maaf itu dibuat susulan haknya yang telah dihalang untuk memasuki kedua-dua negeri berkenaan.

“Sejak dinafikan hak masuk Sarawak, sekarang Sabah pula, saya telah diminta oleh penguasa Barisan Nasional (BN) untuk meminta maaf kepada orang Sabah.
“Jadi saya ingin meminta maaf kepada orang Sabah kerana tidak dapat bersama-sama dengan anda semua untuk menjatuhkan UMNO-BN,” katanya ketika membuat ucapan penggulungan, Kongres Nasional PKR Ke-11, pada Ahad.

Dalam pada itu, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu menegaskan bahawa permohonan maaf yang dibuat itu bukanlah kerana dakwaan dirinya menjadi dalang kepada pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan kesultanan Sulu, Jacel Kiram hingga mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu mengulas mengenai Kongres Nasional PKR itu, Tian Chua berkata, ia merupakan kongres yang julung kali diadakan dan menjadi platform kepada pemimpin PKR untuk mengotakan janji mereka kepada pengundi.
“Kongress ini masa untuk kita mengusulkan cadangan dan tunaikan janji kita kepada pengundi diluar,” katanya.

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan usul khas melarang Tian Chua dan juga Nurul Izzah dari memasuki Sabah.
FMT

1 comment:

  1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

    ReplyDelete