Pergaduhan Mahathir dan Ku Li pada tahun 1987
menyebabkan UMNO gagal merampas kembali kelantan daripada kerajaan Pas
sehingga sekarang.
KUALA LUMPUR: Kegagalan UMNO merampas kembali Kelantan daripada Pas
berpunca daripada pergaduhan antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Dakwaan itu dibuat, Perwakilan Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad
apabila pergaduhan antara kedua-dua tokoh itu pada 1987 menyebabkan UMNO
kalah dan gagal merampas negeri itu sehingga sekarang.
“Tun Mahathir kena ingat, tahun 1987 bergaduh (dengan Razaleigh),
tahun 1990 kita dapat kosong dan tidak bangkit-bangkit sehingga tahun
2004 hampir bangkit, kita memperoleh 22 kerusi, kurang 1 kerusi untuk
memerintah, tapi tak bangkit.
“Tapi saya ingat 2008 kita boleh bangkit tapi Tun Mahathir balun
(serang) lagi, dia balun UMNO dia balun Perdana Menteri, dia balun kita
semua, akhirnya kita hilang majoriti 2/3 pada 2008,” katanya ketika
membahas usul Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Khamis.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kok Lanas itu turut mengingatkan
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menggunakan
platform dalam parti itu bukan membuat serangan dari luar.
“Azan mesti dalam masjid. Saya ingat Tan Sri (Muhyiddin) silap sikit
je, dia pergi azan bukan dalam masjid, dia azan dekat Padang Merbok,
betulkan balik esok azan di masjid,” katanya.
FMT
No comments:
Post a Comment