10/12/15
Lelaki 22 tahun asal Florida, Amerika Syarikat
yang dipercayai sebagai suspek rompakan, mati dimakan aligator.
Insiden ini terjadi ketika lelaki tersebut lari dari kejaran polis yang
hendak menangkapnya.
Dilaporkan Alarabiya, Rabu (9/12), lelaki itu, Matthew
Riggins diserang aligator bulan lalu. Kala itu, ditemui bahagian
tubuhnya di dalam perut si aligator.
Rupanya, Riggins bersembunyi di danau ketika sedang dicari-cari polis lantaran kes yang melibatkannya . Dia tidak menyedari di sana ada
aligator lapar yang juga sedang mengintainya.
"Dia dilaporkan hilang seminggu terakhir oleh keluarganya," ungkap Wakil Ketua Polis Sektor Brevard, Tod Goodyear.
Polis mengatakan tubuhnya ditemui mengapung di danau selama 10
hari. "Saya percaya dia sebetulnya sedang bersembunyi," imbuh Goodyear.
Goodyear kemudian mengungkapkan, Riggins sempat menelepon kekasihnya
akan melakukan rompakan pada 13 November. Dari kekasihnya, dia
kemudian dijadikan suspek.
Merdeka.com
No comments:
Post a Comment